Bila Mat ajak PH kerjasama Anwar dan Mahathir
PENYOKONG PH TENANG LAH SEPERTI ANWAR
Saya melihat begitu ramai di wall penyokong PH melenting bila
Mat dan Din masing2 berterusan dgn projek khayalan Grand Coalition mereka.
Nasihat saya jgn panik, jgn marah2 dan kita cuba jadi setenang Anwar Ibrahim.
Pertama Anwar pasti akn menolak kerjasama tersebut. Anwar bukan
seperti Mat cara politikingnya yg tahu melalak di atas pentas. Tidak mahu
berfikir dahulu sebelum bertindak. Anwar terkenal dgn seni politiknya.
Mana mungkin Anwar bersetuju dgn Mahathir yg sudah 2 kali
menganiaya dirinya dan kali ini mengkhianati lebih 6 juta pengundi yg mahukan
Malaysia baru. Kita takkan lupa Mahathir perancang kpd kejatuhan PH tiba2 mahu
diangkat semula utk menerajui PH...
Mana mungkin Anwar menerima Mahathir kerana beliau tahu menerima
Mahathir PH akan kehilangan 2 juta lebih pengundi. Dgn Anwar sekali akan
ditinggalkan penyokong setianya.
Mana mungkin PH diterima oleh rakyat yg mahukan perubahan
menerima kembali Mahathir lagi yg mengkhianati mandat rakyat dlm usia 96 tahun
ini.
Saya yakin jika Amanah masih bersama Mahathir PH akan terbubar.
PKR pasti akn bersendirian bertanding 100 kerusi Parlimen. Jadi beranikah
Amanah parti kecil bersendirian. Amanah dgn DAP pun mereka akn hancur. Mereka
perlukan kepercayaan intelektual Melayu yg ramai menyokong Anwar.
Guna logo sendiri pun mereka tidak yakin dan parti tersebut
hidup bergantung kpd populariti Anwar dan Mahathir, adakah mereka mahu
berprinsip. Lagi pun Mat tahu 20-30% ahli Amanah akn meninggalkan parti
tersebut dan parti itu akn terpecah dua kerana ramai di dlm parti itu tidak
gemar Mahathir dan menyokong Anwar.
Kata2 nakal kawan saya... "Depa tu mahu bersama Mahathir sb
Mahathir byk duit. Kedua sebab terhutang budi... bayanglah ada SPM je boleh
jadi Menteri..." ketawa kami ramai2 mendengar celoteh kawan ptg tadi.
Saya juga berpendapat usahlah gusar sgt penyokong2 PH. PAN bukan
PAS yg berjuta keahlian. PAN, Mahathir, Warisan dan UPKO tak mampu menandingi
DAP pun apatah lagi PAS dan UMNO.
Biarlah mereka berseronok di majlis Konvensyen mereka. Mereka
ada hak utk bersuara dan hormatilah hak mereka itu. Jadi biarkanlah. Percaya
akhirnya mereka akan patuh juga arahan Anwar sebab PAN tahu tanpa PKR dan DAP
parti mereka akn berkubur begitu sahaja.
Tak percaya suruh PAN bertanding atas logo mereka
sendiri...beranikah? Mahathir pun tak berani sb itu Mahathir jemput Warisan ke
Malaya.