HOKI YANG DIPANDANG SEPI, PAK LEBAI NGAKU PLAYERS BEKAS BUDAK PASTI...HARAM

 

Pencapaian pasukan hoki negara sangat hebat. Cumanya sukan itu tak begitu popular di sini. Tapi sebenarnya, disebabkan sukan itu tak popularlah maka kita mampu mencapai apa yang kita capai sekarang.

Kerana, sukan yang popular seperti bolasepak akan mengundang campur tangan ramai kaki bangku dalam pengurusan. Makhluk kaki bangku ni bukan nak majukan sukan itu, tapi sebab nak tumpang populariti je.

PM pun umum nak beri imbuhan kepada pasukan negara kerana berjaya ke pusingan akhir Piala Asia. Tapi Piala Asia je kot? Sedangkan hoki kita ranking 10 terbaik dunia bahkan bermain di Piala Dunia. Tak sebut soal imbuhan pun.

Sebab Isnail nak gunakan pemberian imbuhan itu sebagai umpan untuk memancing populariti. Bukan dia kisah sangat pun dengan pencapaian sukan negara kita. Sebab itu stadium pun hauk semacam.

Bukan tak seronok dengan pencapaian pasukan kita. Bangga sangat. Tapi aku rasa imbuhan berlebihan hanya akan menjadikan mereka lalai. Sudahlah mereka semua bergaji besar dan hidup bermewah.

Lebih baik gunakan peruntukan imbuhan itu untuk penambahbaikan prasarana sukan. Atau boleh juga digunakan untuk sukan lain yang pencapaiannya lebih cemerlang tapi kurang mendapat perhatian seperti hoki.

Kita sebenarnya boleh pergi jauh dalam bolasepak andainya ahli politik tidak gunakan sukan ini untuk raih populariti. Tapi biasalah ahli politik, terutama dari UMNO. Jenis apa saja boleh buat nama, semua nak menempel. Dari Ketua Cawangan sampailah ke PM. Sama saja tebal kulit mereka.

Kebelakangan ini, PAS pun dah ikut sama perangai UMNO. Tanpa ragu claim majoriti pemain negara bekas pelajar PASTI. Itulah orang dah pesan. Hati hati pilih kawan. Kan dah terikut perangai buruk kawan tu... Guane boh?

Raja Gelap