JKA BADAN PEGUAM PUN HILANG KEYAKINAN, RAKYAT JANGAN HARAP PADA KERAJAAN TEBUK ATTAP

 

Pejuang kanser Haris Ibrahim hadir beri semangat di perarakan peguam





Peguam yang hadir pada perarakan di Padang Merbok mengambil gambar bersama Haris Ibrahim (berkerusi roda).

KUALA LUMPUR: Kemunculan mengejutkan aktivis veteran Haris Ibrahim yang kini sedang berjuang melawan kanser membangkitkan semangat ramai peguam yang berkumpul di Padang Merbok untuk perarakan “demi kebebasan kehakiman” anjuran Badan Peguam Malaysia pagi ini.

Para peguam yang hadir mengerumuni Haris yang berkerusi roda, mengucapkan terima kasih atas kehadirannya dan mengambil gambar bersamanya.

Pengasas gerakan Anything But Umno (ABU) itu, yang riang berbual dengan hadirin, memberitahu wartawan bahawa penting untuk beliau turut sama hadir.

Menjadi “kewajipan” bagi peguam untuk berarak demi kebebasan kehakiman, tambahnya.

“Penting untuk mempertahankan kehakiman, tiang ketiga demokrasi. Ini lah sebabnya saya hadir untuk tunjuk sokongan (kepada para peguam lain).”

Namun, katanya, beliau perlu berhati-hati supaya tidak dijangkiti Covid-19.

“Saya hanya ada sebelah paru-paru,” katanya berseloroh.

Perarakan tersebut, yang sepatutnya bermula di Padang Merbok dan berakhir di bangunan Parlimen, dibatalkan selepas rundingan antara Badan Peguam dan polis gagal.

Polis mahu membenarkan hanya 20 peguam berarak ke bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan, namun ini ditolak oleh Badan Peguam.

Para peguam cuba meneruskan perarakan tetapi gagal menembusi barisan anggota polis di kedua-dua hujung tempat letak kenderaan Padang Merbok.

Susulan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Mas Ermieyati Samsudin tiba di Padang Merbok untuk menerima memorandum daripada Presiden Badan Peguam Karen Cheah.


No comments: