Polis buru 2 suspek khianat berhampiran CIQ Johor.Dapat luku soqang sekali.Amboiii..nak tunjuk hero..

 


Polis buru 2 suspek khianat berhampiran CIQ Johor




Ketua Polis Iskandar Puteri Rahmat Ariffin berkata suspek lelaki menjerit dan menunjukkan isyarat lucah manakala wanita, bertindak mencabut nombor pendaftaran kereta mangsa.

PETALING JAYA: Polis mengesan suspek kes khianat di jalan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor, pada Sabtu.

Ketua Polis Iskandar Puteri Rahmat Ariffin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa telah bergesel dengan kereta dipandu dua suspek terbabit.

“Ketika kejadian, mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard mengubah laluan ke kanan dan telah bergesel dengan sebuah kereta jenis KIA yang dinaiki dua suspek dari arah kanan.

“Suspek memberhentikan kenderaan sebelum seorang lelaki dan seorang perempuan turun. Suspek lelaki kemudian bertindak menjerit dan mengeluarkan perkataan serta menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Sementara itu suspek perempuan bertindak mencabut nombor pendaftaran kereta mangsa dan mencampak nombor pendaftaran itu ke arah cermin hadapan kereta mangsa,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Rahmat berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari Forest City ke Singapura.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun berlaku kerosakan pada keretanya.

“Terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kamera papan pemuka kereta mangsa selain video tular dirakam pengguna jalan raya lain.

“Kes di siasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya.

Justeru, beliau menasihat pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah dan tidak terburu-buru terutama di laluan CIQ Laluan Kedua (Second Link) terutama ketika musim perayaan yang merekodkan jumlah kenderaan yang banyak.

Sebelum itu tular di media sosial memaparkan sebuah video yang berdurasi 2.06 minit berhubung kejadian terbabit.

No comments: