APAKAH BEKAS MENTERI KANAN DAN AHLI PERNIAGAAN BERGELAR TAN SRI MAKIN HAMPIR UNTUK DIDAKWA?



Dalam minggu ini saja, sudah dua kali keluar berita mengenai siasatan SPRM terhadap seorang bekas menteri kanan dan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri berhubung dakwaan penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion.


Siasatan itu dikatakan dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.


Sumber berkata, siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen-dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi-transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.


“Tumpuan siasatan adalah berhubung dengan pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi oleh bekas menteri kanan itu.


“Difahamkan, transaksi pembelian dan pemilikan saham ini dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan matawang ringgit pada hujung 1990-an dan telah diseleweng untuk kepentingan individu terbabit untuk diselamatkan (bail out) daripada mengalami kerugian yang lebih teruk,” menurut sumber itu lagi.


Berita lanjut mengenainya di sini – https://www.malaysiakini.com/news/665679


Hari ini, sekali lagi keluar berita mengenai siasatan terhadap bekas menteri kanan dan ahli perniagaan tersebut.


Laporan itu menyebut, SPRM dijangka akan memanggil bekas menteri kanan dan ahli perniagaan bergelar Tan Sri itu untuk soal siasat sekali lagi berhubung dakwaan penyelewengan dana awam lebih RM2.3 bilion.


Langkah itu diambil selepas SPRM dilaporkan merampas beberapa dokumen berhubung pengambilalihan saham yang melibatkan syarikat senarai awam.


“Dua tokoh masyarakat itu termasuk ahli perniagaan yang bergelar mungkin dipanggil semula tidak lama lagi.


“Selain kedua-duanya, SPRM juga memanggil beberapa individu, termasuk seorang peguam, juruaudit, dan wakil sebuah syarikat untuk mendapatkan lebih banyak dokumen yang diperlukan untuk siasatan,” lapor Utusan Malaysia yang memetik sumber tidak dinamakan.


Difahamkan, dokumen yang dirampas itu termasuk kertas perbankan serta dokumen daripada Suruhanjaya Sekuriti dan syarikat pemaju.


Laporan sama menyebut seorang lagi ahli perniagaan terkemuka juga diminta hadir esok untuk disoal siasat SPRM.


Berita penuh mengenainya boleh dibaca di sini – https://m.malaysiakini.com/news/665899


Berikutan tersebarnya kedua-dua berita di atas, menjadi percakapan yang meluas di media sosial dan di kalangan orang awam bahawa menteri kanan yang sedang disiasat itu dikatakan ialah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, manakala ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang dimaksudkan pula adalah Halim Saad yang pernah menguasai Renong Berhad.


Betulkah begitu?


Apakah dengan langkah penyiasatan SPRM yang nampaknya makin mendalam dan serius ini memperlihatkan kedua-dua mereka akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi? – ShahbudinHusin 21/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



No comments: