Betul. Sebab pengundi UMNO adalah totok Melayu. Jangankan DAP, kalau MCA bertanding atas logo sendiri pun susah nak dapat undi mereka.
Tapi yang bertanding nanti adalah PH. Logo DAP tak ada di atas kertas undi. Dan sekiranya PH guna logo BN, perkara ini akan jadi lebih mudah.
Bersatu pun tak berani guna logo mereka sendiri atau PN dalam PRN di Kelantan dan Terengganu atas sebab yang sama. Inilah strategi.
Mereka yang sibuk gunakan ayat penyokong 'UMNO kena undi DAP' sebenarnya cuba menakut-nakutkan ahli UMNO. Sengaja sentuh sentimen.
PH kena bergerak sebagai satu unit. Belajarlah dari BN. Kita dulu sampai tak tahu orang itu dari MCA ke atau Gerakan sebab mereka semua BN.
PH kena begitu juga. Tak perlu lagi sebut nama DAP atau parti lain. Sebut PH saja sudah memadai. Itu saja yang rakyat perlu tahu.
Pemimpin Kerajaan Perpaduan usah terperangkap dengan jerat ini. Tak timbul istilah undi DAP. Kerana yang ada hanya PH. Guane boh?
Raja Gelap
.