Dilancarkan dalam bulan Mac, sehingga sekarang baru ada 20,000 tandatangan saja. Itu pun rasanya 19,800 daripada walaun. Sebab walaun bukan reti baca sangat. Lebai suruh sign, dia sign je.
Nampak sangat Mahathir dah tak laku. Sampaikan main isu kaum pun dipandang sepi. Tak ada siapa nak percaya cakap dia lagi. Percaya pun tidak, apa lagi nak ikut. Baik bersara sajalah.
Kembalikan maruah orang Melayu seperti sebelum ini yang macamana? Orang Melayu sebelum ini sangat sinonim dengan rasuah. Boleh kata hampir di semua jabatan kita boleh rasuah pegawainya.
Hanya setelah laung Reformasi bergema barulah ada sedikit kesedaran orang Melayu akan bahaya rasuah. Sebelum ini, "rasuah pun tak apa asalkan negara maju." Teka siapa yang ungkap.
Mahathir dah tiada tempat dalam politik Malaysia. Dia dah bunuh legasinya sendiri. Akui hakikat itu dan hentilah buat hasutan perkauman hanya kerana mahukan sokongan. Dah terlambat. Guane boh?
Raja Gelap
.