NAK MATI SYAHID KONON...!




1. Pegang mikrofon bersyarah saja, ajak orang ramai berjihad. Bagi tahu orang ramai nak mati syahid. Kononnya negara ini penuh dengan maksiat.


2. Habis kuliah dapat sampul, makan percuma. Naik kereta buka henfon tengok jadual kuliah hari seterusnya. Sampai rumah, masuk bilik, lena.


3. Pagi esok kuliah Subuh. Ajak orang ramai berjihad lagi,



nak mati syahid lagi. Dapat sampul lagi. Lepas tu tengok jadual kuliah lagi. Masuk bilik, lena lagi.


4. Begitulah lagi dan lagi. Akhirnya kerja ubah maksiat yang dikata penuh dalam negara tu, dia tak buat pun. Orang lain yang tak bagi kuliah yang buat.


5. Orang lain yang ubah maksiat tu bukan dengar kuliah dia pun. Orang tu tahu, jika ada maksiat kena ubah. Tak dak kuliah dia pun, orang tetap usaha untuk ubah maksiat.


6. Kuliah dia orang hadir untuk berhibur. Orang yang hadir kuliah dia, otak lebih kurang macam dia juga. Hadir untuk ketawa dan berhibur.


7. Kuliah dia, ada jugalah maklumat sikit-sikit. Maklumat biasa-biasa yang boleh dapat dimana-mana. Tapi bagi pentaksub dia, maklumat biasa itu dianggap ilmu bernilai tinggi.


8. Dia yang bagi kuliah, tetap sebagai pembagi kuliah yang diiringi sampul dan makan free. Kerja dia, hasut pendengar kuliah untuk benci pihak yang tak sealiran dengan dia atau kumpulan yang dia sokong.


9. Dia ajak orang jihad, tapi dia sendiri kerja bagi kuliah bersampul saja. Dia ajak orang mati syahid, dia sendiri balik rumah lena lepas bagi kuliah.


10. Tu pun jangaaannn.... nak mati syahid konon!


Zola,

22082024



No comments: