BOB KELANANG
Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan Allah, Baitullah, Kaabah
dan Solat dibenarkan dalam ajaran Kristian. Cuma, ia perlu disertakan dengan
penafian; hanya untuk orang Kristian.
Jika ia berlaku pada kerajaan PH dahulu, aku dapat membayangkan
bagaimana propaganda sentimen keagamaan yang akan berlaku. Mujurlah pada hari
ini kita ditadbir oleh kerajaan Melayu Islam Bertaqwa.
Jom kita tengok reaksi PAS yang "keluar anak tekak"
menentang isu ini dulu. Kita bersama-sama tunggu respons daripada mereka yang
dahulu konsisten memperjuangkan isu ini. - 𝘙𝘢𝘩𝘮𝘢𝘯 𝘐𝘮𝘶𝘥𝘢
Isu penggunaan kalimah Allah, pada masa tu Pas ada dua
"mazhab".
#Satu, Mazhab
Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang bersetuju penggunaan kalimah Allah
untuk non-Muslim.
#Dua, mazhab
Allahyarham Ustaz Harun Din yang tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah untuk
non-Muslim.
Saya ketika itu antara yang bersetuju penggunaan kalimah Allah
kepada non-Muslim, sehingga kerajaan negeri Kelantan menjemput saya
membentangkan hujah agama dalam mendokong pandangan saya.
Masa itu, saya dipanggil oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk
memberikan penjelasan hujah saya bersetuju tersebut. Menariknya, selepas saya
memberi penjelasan panjang lebar dari sudut dalil al-Quran, hadis DAN kaedah
Usul fiqh, tok guru keluar dari bilik, didapati penuh wartawan.
Apabila ditanya, Tok Guru Nik Aziz jawab cukup mudah.
"Ayah Nabi Muhammad nama Abdullah. Masa tu, Nabi Muhammad belum
dilahirkan lagi. Sebelum Nabi bawa Islam, orang bukan Islam dah guna dah
kalimah Allah". Alamak. Simple je jawapan Tok Guru Nik Abdul Aziz, tapi
padat - 𝘜𝘴𝘵. 𝘏𝘦𝘳𝘫𝘶𝘯𝘰𝘵 𝘈𝘭𝘪