Sg Kim Kim sekali lagi tercemar, di mana MP Tebrau menghilang?

 


POSTED BY AMIR WRLR


KEADILAN Johor tampil mempersoalkan gerak kerja Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong selepas Sg Kim Kim tercemar baru-baru ini.



Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Jimmy Puah dan Ketua Cabang KEADILAN Tebrau, Teoh Eng Hoon dalam kenyataan bersama berkata Sg Kim Kim terletak dalam Parlimen Tebrau, bukan dalam Parlimen Pasir Gudang.



"Adalah menjadi tanggungjawab penuh Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon untuk menyelesaikan masalah ini dengan pantas," katanya.



Mereka juga menganggap Steven sepatutnya mempunyai kuasa yang lebih besar setelah menjadi salah seorang ahli Parlimen kerajaan.



"Tempoh hari, Ahli Parlimen Tebrau keluar KEADILAN dan menyokong Perdana Menteri dengan alasan untuk mendapat akses berjumpa menteri atau ketua-ketua agensi kerajaan supaya isu-isu rakyat dalam Parlimen Tebrau dapat diselesaikan dan salah satu isu yang ditegaskan oleh beliau ialah isu pencemaran sungai.



"Namun sehingga saat ini kita dapati Ahli Parlimen Tebrau masih lagi membisu.



"Justeru, kita mendesak supaya Ahli Parlimen Tebrau segera turun padang selesaikan isu pencemaran Sg Kim Kim dan pastikan ianya tidak lagi berulang pada masa hadapan.



"Sekiranya isu pencemaran ini tidak dapat diselesaikan seberapa segera, kita tuntut supaya Ahli Parlimen Tebrau meletakkan jawatan serta merta," katanya.

 


No comments: