ADA AHLI SETIA MEMBUTA TULI

May be an image of 1 person and text that says "IR Info RAKYAT Dari segi agama, rakyat wajib mengikut arahan pemerintah Muslimat Pas 06/02/2021 12:00 PM" 


HAMDAN TAHA


Saya akui kelebihan Pas ni ialah kesetiaan ahlinya( bukan semua) kepada pemimpin terutama pemimpin pas semuanya Ustaz Tok Guru tidak ada orang biasa.

Kenyataan muslimat Pas ni jelas bahawa dia bagitahu rakyat dalam islam kita wajib ikut apa yang kerajaan suruh buat,haram kita lawan kerajaan. Mudah kan...tapi kenyataan ini setelah Pas jadi kerajaan

Jika kerajaan itu bukan Pas maka Haram kita ikut kerajaan yang zalim,kejam,tidak ikut undang undang islam,pelembagaan dan pemerintaan masih ikut penjajah maka wajib kita lawan. Kita boleh jadi Kafir bukan kerana kita keluar islam tapi cukup kita sokong kerajaan yang mengamalkan cara pemerintahan peningalan penjajah dan bukan kerajaan islam. Kita undi bukan parti islam tapi kita undi parti yang ikut sistem yang ada sekarang hukumnya boleh terkeluar islam....tak susah untuk terkeluar islam...salah pilih kerajaan sahaja dah bole menyebabkan sesat

Itu lah ayat ayat yang saya dah dengar dan saya ikuti dari tahun 85 ketika ustaz hadi datang ceramah ke pasir salak dan saya ikut hadir ceramah tersebutmmmm

 

No comments: