ANWAR SISI YANG TIDAK RAMAI KETAHUI

 

Oleh : MSO

Semalam Anwar Ibrahim meninjau proses pemberian vaksin di pusat pemberian vaksin di PPV di Daerah Petaling di Sunway Pryramid Convention Centre. Anwar bukan memegang apa² jawatan tertinggi negara. Beliau hanya ahli parlimen biasa Port Dickson dan selaku ketua pembangkang di Parlimen.

Namun kerajinan, prihatin menjenguk dan bertanya khabar rakyat sangat mengkagumkan dan terkalah kita semua olehnya. Beliau benar-benar menghambakan diri buat rakyat tanpa mengira kaum dan lapisan. Rakyat adalah dirinya.

Beliau tidak pernah meletehkan dirinya. Beliau tidak pernah diam bercakap menyata kebimbangan dengan wabak Covid dan meneteskan berbagai idea dan solusi mengatasi Covid. Saya kira Covid menjadikan beliau kurang tidur dan tidak senang duduk.

Bayangkan kalau masa ini beliau berada ditempat Mahaiddin Md Yassin. Keadaan tidak jadi kelam kabut seperti hari ini. Sifatnya yang telus, tegas akan dapat mengatasi setiap masalah muncul.

Tentunya beliau tidak ada masa rehat. Menteri di bawahnya juga tidak boleh main-main. Dilengsingnya. Beliau boleh lakukan berkali ganda lebih baik daripada apa yang Mahaiddin lakukan.

Yang pastinya beliau akan berkomunikasi dan intraksi setiap hari dengan media massa. Beliau sosok yang mesra dan tahu berhadapan dengan media.-massa dan tidak pernah gentar ditanya apa jua. Mungkin dalam suasana kritikal seperti hari ini beliau akan adakan sidang media setiap hari bukan hanya mengeluarkan kenyataan dua tiga para atau membuat perutusan.

Pagi tadi beliau hubungi saya minta nombor telefon beberapa orang rakannya. Walhal rakan itu sudah lama tak bertanya khabarnya. Tetapi beliau masih mengingatinya dan mahu berhubung sendiri bertanya khabar.

Itulah Anwar sisi dalamnya yang tidak ramai orang tahu dan merasainya. Trims.

- MSO

Foto: Beliau di PPV di Seri Petaling diambil dari Twitternya.