ADAKAH KENAIKAN KES DISEBABKAN RAKYAT?

 

NORMAN RADZUAN


Saya percaya Pandemik Covid19 ini bahaya, saya percaya jumlah nombor mereka yg positif hari ini... TETAPI... benarkah dos Vaksin sudah hampir terputus bekalan? Kenapa pelbagai pihak termasuk saya sendiri mencadangkan vaksinasi dilakukan di klinik2 dan sebagainya tidak diendahkan sdgkan ia membawa kebaikkan kpd rakyat???

Kenapa media2 seolah olah mereka memainkan peranan 'swing' isu ini dgn membakitkan isu peningkatan kes ini berlaku kerana rakyat semata mata? Akhirnya rakyat yg tidak mahu berfikir mula bergaduh sesama sendiri. Rakyat bergaduh dgn rakyat. Adakah Jkom berjaya dlm peralihan isu agar kerajaan tidak dipersalahkan? Sdgkan disiplin kita jauh lebih baik dgn beberapa negara Eropah mahu rakyat Indonesia sendiri.

Mengapa media tidak bertanya kpd rakyat kelemahan kerajaan ini menguruskan pandemik? Kenapa media tidak bertanya atau menekan kerajaan kenapa tidak melakukan perkara yg lebih efektik utk vaksinasi ini? Mengapa dialihkan isu kononnya rakyat tidak mahu divaksinasi sdhkan berjuta juta berbulan bulan menantikan vaksinasi ini?

Semua org tahu kerajaan ini bernyawa kerana darurat. Adakah mereka mahukan numbers ini? 2 minggu + 4 minggu akn membawa kita ke pertengahan Julai. Hanya perlu 2 minggu lagi utk bertemu 'tarikh mati' darurat. Adakah mereka mahu ia disambung dan disambung dan terus disambung hingga 2023? Mereka tahu buka sahaja Parlimen mereka akn menerima keaiban terbesar.

Pelbagai andaian bermain di kepala saya seolah olah seperti ada sesuatu. Apa pun saya tunggu dan lihat apakah teori yg saya telah sampaikan secara personal dgn beberapa rakan menjadi kenyataan. Jika saya detailkan nanti jadi fitnah tapi hati saya berat mengatakan ya....Saya beritahu rakan2 terdekat teori saya ini kerana apabila ia benar2 berlaku saya tidak mahu dikatakan mengambil kredit ke atasnya.

 (TIDAK DAPAT DIEDIT TULISAN YANG RINGKAS)


May be an image of 1 person and text that says "Nafi hak ahli parlimen bersidang bermaksud nafi hak rakyat Timbalan Speaker~ Azalina BETOL BETOL BERANI MATI"