Setelah 2 hari, akhirnya SOP Total Lockdown diumum petang ini

 Setelah 2 hari, akhirnya SOP Total Lockdown diumum petang ini

Prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) akan diumumkan dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri (PMO), petang ini.

Sidang media itu akan dihadiri Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada jam 5 petang.

Sidang media berkenaan dijangka mengumumkan SOP Sekatan Pergerakan Penuh yang akan dikuatkuasakan selama 14 hari bermula 1 Jun ini susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang mencecah 9,020 pada Sabtu.

Pada Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

Pejabat Perdana Menteri berkata, menerusi total lockdown itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ikuti siaran langsung sidang media pengumuman SOP Sekatan Pergerakan Penuh di saluran Astro 501, AstroAwani.com dan semua platform media sosial kami.

No comments: