LEBAI LEBONG
Mengikut takrifan undang-undang... adalah benar Khairuddin
At-Takiri tidak ditahan di SJR Perasing pada 16 Mei 2021... betul dia tidak
ditahan.
Khairuddin At-Takiri hanya diperiksa sahaja semasa di Sekatan
Jalan Raya (SJR) Perasing... kenderaannya diperiksa kerana dia tidak ada
dokumen kebenaran rentas negeri yang diperlukan... DAN kenderaan itu
dikenalpasti membawa penumpang yang tidak berdaftar.
Sebab itu kenderaan Khairuddin At-Takiri tersebut diperiksa oleh
anggota PDRM yang bertugas... ini SOP biasa... ini carakerja biasa...
persoalannya sekarang ini... kenapa Khairuddin At-Takiri bertegas mengatakan
yang dia tidak melakukan kesalahan... sedangkan ianya memang telah mengabaikan
keperluan surat kebenaran rentas negeri...
Adakah hanya kerana dia Menteri Persekutuan... maka Khairuddin
At-Takiri boleh memandang ringan kepada undang-undang yang memerlukan beliau
mendapatkan surat kebenaran rentas negeri..?? Ini sesuatu bentuk penyalahgunaan
kuasa... ini satu bentuk rasuah...
Takkan la orang yang katanya faham bab agama boleh melakukan
perkara sebegini.
Takkan lah kan????