COVID-19: Pertambahan 70 peratus kes baharu, PRN Sabah cetus gelombang - Kajian

 

Astro Awani
COVID-19: Pertambahan 70 peratus kes baharu, PRN Sabah cetus gelombang - Kajian
Kajian tersebut turut melaporkan peningkatan 64.4 peratus kes baharu di negeri-negeri lain dengan tambahan 1,741 kes. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di Sabah telah meningkatkan 70 peratus pada minggu pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung tahun lalu.
Malah, terdapat anggaran peningkatan 2,979 kes baharu yang dilaporkan di negeri itu antara 26 September (hari mengundi) sehingga 12 Oktober 2020.
Ia merupakan dapatan kajian berkenaan majlis perhimpunan ramai yang diterbitkan di jurnal PLOS Computational Biology.
Kajian itu melaporkan antara daerah dengan kes tertinggi adalah Semporna (95.7 peratus), Tawau (79.5 peratus) dan Lahad Datu (96.7 peratus).
Puratan kes harian COVID-19 sebelum dan selepas PRN Sabah. - journals.plos.org
Puratan kes harian COVID-19 sebelum dan selepas PRN Sabah. - journals.plos.org
Sementara itu, kajian tersebut turut melaporkan peningkatan 64.4 peratus kes baharu di negeri-negeri lain dengan tambahan 1,741 kes.
"Kami menunjukkan yang anggaran kami ini bukan disebabkan tren sedia ada, usaha pemantauan dan/atau dasar pencegahan. Anggaran ini menunjukkan kemungkinan perhimpunan ramai di satu kawasan 'melimpah' kepada penularan di seluruh negara.
"Maka pelonggaran sekatan perhimpunan ramai perlu dipertimbang secara cermat, walaupun ketika jangkitan komuniti yang rendah dan penguatkuasaan garis panduan penjarakan yang selamat," menurut penulis kajian itu.
journals.plos.org
journals.plos.org
Kajian itu berdasarkan pemodelan komputer trend COVID-19 di Malaysia dari 22 Mac hingga 12 Oktober - iaitu ketika sehari sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah.
Kajian itu dibuat oleh satu kumpulan yang kebanyakan anggotanya di Saw Swee Hock School of Public Health Universiti Kebangsaan Singapura.
Ia bertujuan menjadikan PRN Sabah sebagai kajian kes bagi menaksir bagaimana perhimpunan ramai boleh menyebabkan penularan COVID-19.
Pecahan jumlah kes, ujian dan peratusan kes positif. - journals.plos.org
Pecahan jumlah kes, ujian dan peratusan kes positif. - journals.plos.org

No comments: