MCA SEDANG MENCARI TUAN BARU?


Che Ibrahim






Dulu MCA senang lenang dan bahagia bersama UMNO dalam BN, pendek kata kalau UMNO abang sulong, MCA adalah abang no 2. UMNO makan isi, MCA memakan kulitnya, takde yang terbuang.


Namun dalam PRU 2018, MCA mula hilang tuah apabila hanya memenangi 1 kerusi Parlimen dan 1 kerusi Dun sahaja. Nasib baik PRK Tanjong Piai 2019 MCA menang menjadikan ada 2 kerusi. 


PRU 15 2022 juga melihat MCA terus hilang taringnya, kekal dengan 2 MP. Hingga kini, walaupun BN menerima "nikah paksa" untuk hidup bersama PH membentuk Kerajaan Madani, MCA dilihat masih kurang selesa, nak pun tidak taksir pun tidak.


Wajarkah menjelang PRU 16, MCA mencari tuan atau pasangan baru atau memilih hidup bersendirian bersama rakan senasib??




No comments: