Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperkenalkan projek perumahan mampu sewa untuk lelaki bujang yang bekerja di Kuala Lumpur, dengan kadar sewaan hanya RM200 sebulan.
Tawaran penyewaan Residensi Belia Cheras itu juga terbuka untuk mereka yang menjalani latihan industri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Syarat kelayakan bagi menyewa rumah tersebut adalah warganegara Malaysia dan berumur antara 18 hingga 40 tahun.
Pemohon juga tidak memiliki rumah dalam radius 35km dari pusat bandar serta berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Pelbagai kemudahan disediakan termasuk lengkap dengan perabot asas, surau, kemudahan sukan dan dewan, pondok pengawal keselamatan dan lif.
Permohonan boleh dibuat melalui laman web eperumahan.dbkl.gov.my
“Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila imbas kod QR di poster atau hubungi 03 2617 6158 (waktu pejabat),” menurut poster hebahan itu.
Rata-rata menyambut baik inisitif DBKL tersebut kerana dapat meringankan beban belia yang bekerja.
Difahamkan, untuk bilik sewa di Lembah Klang, purata sekitar RM500 hingga RM1,500 sebulan, bergantung lokasi dan kemudahan.
“Saya pernah nampak tempat itu. Lokasinya betul-betul bersebelahan Stesen LRT Cheras, dengan deretan kedai termasuk pasar raya, dobi, restoran mamak, Speedmart dan MR DIY di kawasan yang sama.”
“Berita baik untuk rakyat Kelantan,” demikian antara komentar orang ramai di media sosial.
No comments:
Post a Comment