POLITIK PAS YANG MEMENINGKAN


Pas kata, tempat umno menang dan bertanding semula, Pas akan sokong Umno. Tempat Bersatu menang dan bertanding semula, Pas akan sokong Bersatu.
Umno pula kata, semua tempat Bersatu menang, Umno akan bertanding kerana itu kerusi asalnya Umno menang sebelum calon mereka melompat masuk Bersatu. Ertinya, Pas tetap akan sokong Bersatu dan tidak akan sokong Umno.
Bagaimana pula dengan tempat Pas menang sekarang? Umno telah nyatakan tiada lagi muafakat nasional seperti yang dinyatakan oleh Presiden mereka. Ertinya, tempat Pas wakili sekarang, Umno akan tetap bertanding. Sudah pasti Bersatu akan sokong Pas dan akan tolak Umno.
Tempat Umno wakili sekarang, Bersatu akan letak calon. Pas kata akan sokong Umno kerana itu kerusi Umno menang. Pas tidak akan sokong Bersatu di situ.
Kesimpulannya, Pas akan sokong Umno dan akan tolak Umno, begitu juga Pas akan sokong Bersatu dan akan tolak Bersatu, mengikut keadaan.
Siapa rugi dalam situasi begini? Umno, Bersatu atau Pas? Sudah pasti jawapannya Pas kerana Pas tidak akan berupaya untuk menambah kerusinya, kecuali mengekalkan kerusi yang mereka miliki sekarang.
Jika Pas tiada upaya untuk menambahkan kerusinya, apakah Pas boleh jadi parti yang dominan? Jika Pas bukan parti yang boleh jadi dominan, jauh sekali untuk menjadi PM, maka bila waktunya Pas boleh tegakkan hukum hudud atau hapuskan judi? Ertinya, cita2 untuk laksanakan Islam itu hanyalah propaganda Pas semata2. Bila tidak mampu halang judi, Pas dakwa mereka tiada kuasa majoriti dalam kerajaan. Mahu tunggu Pas menguasai kerajaan, memang usah haraplah jika Pas tidak pernah mempunyai prinsip.
Walaun Pas perlu berfikir dengan matang. Sampai bila mahu terus diperbodohkan?
WFAUZDIN NS

No comments: