Politik Melaka: Pas kesal pembubaran DUN, sedia hadapi PRN - Hadi Awang.BERAPA KERUSI PAS ADA DI MELAKA ?

 MELAKA: Pas melahirkan kekesalan atas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik COVID-19.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagaimanapun parti itu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) jika dilaksanakan.
“Pas mengikuti perkembangan politik di Melaka dan melahirkan kekesalan di atas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik ini.
“Namun PAS menyatakan kesediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah mendepani pilihan raya negeri sekiranya dilaksanakan,“ jelasnya dalam kenyataan media pada malam Rabu.
Tambah Abdul Hadi, Pas juga telah menubuhkan Jawatankuasa Induk PRN Melaka bagi merangka strategi menghadapi pilihan raya tersebut.
“Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden Pas, dengan dibantu oleh Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka,” katanya lagi.

No comments: