BERITA FITINAH- MEMANG MERAGUKAN...NAJIB KATA DIA TAK ADA AKAUN PUN-INI SEMUANYA PELESU-BOSSKU DAH POKAI MANA ADA...CUKAI JA BLOM BAYAR BERAPA JUTA KA...

 

Pandora Papers: 'Saya tak ada akaun off-shore, nama saya tidak tersenarai' - Najib

Firdaus Azil
Pandora Papers: 'Saya tak ada akaun off-shore, nama saya tidak tersenarai' - Najib
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, nama beliau juga tidak pernah disenaraikan dalam Pandora Papers. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini nafi beliau memiliki akaun bank luar pesisir (off-shore) seperti yang dilaporkan beberapa media sebelum ini.
Dalam perkongsian terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, nama beliau juga tidak pernah disenaraikan dalam Pandora Papers.
Najib berkata, beliau difahamkan namanya terkait kerana firma guaman Wong & Co yang dilantik 1MDB masa dahulu, adalah sebahagian dari gabungan firma guaman antarabangsa terkenal, yang kini terbabit dengan isu berkenaan.
“Saya pun jawab bahawa saya tidak pernah lantik atau pernah berhubung dengan sesiapa dari Wong & Co.
“Saya juga tunjukkan wartawan bahawa mahkamah juga telah sahkan lantikan Wong & Co dibuat oleh lembaga pengarah dan pengurusan Terengganu Investment Authority sebelum saya terlibat dan sebelum TIA ini diambil alih oleh kerajaan pusat apabila saya jadi PM,” katanya lagi.
Selain itu, Najib berkata, begitu juga dengan lantikan Goldman Sachs, Ambank, KPMG dan semua firma-firma terkenal yang memberi perkhidmatan profesional, di mana ia dibuat masa TIA dan diteruskan perkhidmatan apabila TIA menjadi 1MDB.
“Saya mastermind 1MDB tapi yang bayar ganti rugi dan penalti berpuluh bilion ringgit adalah Goldman Sachs, KPMG, Ambank dan yang lain ke?.
“Nampaknya ramai hanya baca headline sahaja dan tersalah persepsi bahawa saya ada akaun bank off-shore yang didedahkan oleh Panama Papers,” katanya lagi.
Pandora Papers merupakan pendedahan yang dijalankan pihak International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ), di mana beberapa figura penting negara dikatakan memiliki akaun luar pesisir, sepanjang 25 tahun lalu.
Antara individu yang dikaitkan menerusi pendedahan berikut ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ahli perniagaan, Tun Daim Zainuddin bersama beberapa ahli keluarganya serta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa.
Panama Papers pula merupakan siri pendedahan aktiviti kewangan luar pesisir golongan elit dunia pada 2016, yang turut dilakukan oleh ICIJ.
Melalui senarai itu, sekitar 11.5 juta rekod kewangan ahli perniagaan, selebriti, bintang sukan serta pemimpin dunia, telah didedahkan kepada dunia.

No comments: