PRN Melaka: Boleh Atau Tidak?*


Dr Musa Mohd Nordin

7  Oct 2021


Ada beberapa indikator kesihatan awam yang asas yang harus dipenuhi sebelum kerajaan membenarkan piliharaya diMelaka.


Kesemua data kesihatan awam ini mesti dinilai secara integratif supaya memberi petunjuk yang holistik dan paling tepat.


Ini penting untuk memastikan keadaan covid diMelaka terkawal dan kes tidak naik secara mendadak seperti yang telah berlaku diPRN Sabah.


✅Kadar kes covid mesti berada pada suatu tahap yang selamat iaitu kurang dari 55 per 100K penduduk


✅Ketika ini kadar positif Melaka ialah 7.8%.

Ini masih tinggi dan mesti kurang daripada 5.0% seperti yang ditentukan oleh WHO, lebih baik lagi jika ianya kurang daripada 3%

 

✅Ini hanya boleh tercapai dengan sistem FTTIS yang cekap, laju dan berkesan. 


✅Ini boleh pastikan dengan mengguna kaedah ujian RTK-Ag yang murah dan memberikan keputusan dalam 1 jam. Dan transformasi digital MySejahtera  yang boleh mengesan contact dalam 1 hari supaya isolai boleh dimulakan secepat mungkin dan mengurangkan transmisi virus dan menyekat berlakunya kluster.

 

✅Kadar kemasukan kehospital juga mesti terkawal dan katil dihospital dan ICU mesti ada “surge capacity” untuk mengurus outbreak, jika ia berlaku.


✅Setakat ini 74% katil hospital dan 42% katil ICU diguna pakai dihospital diMelaka. Ini masih tinggi dan mesti diurus dengan lebih baik oleh KKM dalam persediaan awal untuk PRN.

 

✅Kadar kematian kes juga mesti kurang daripada 0.4%. Setakat ini kadar kematian kes diMelaka baik pada tahap 2.89 bagi 100,000 penduduk (0.003%)

 

✅Indikator terakhir ialah  kadar vaksinasi dinegeri Melaka mesti 90% daripada penduduk keseluruhan bukan penduduk dewasa sahaja seperti yang dilaungkan oleh menteri kesihatan dan perdana menteri! 


✅Hanya apabila kadar 90% penduduk Melaka telah divaksinasi, baki  10% yang tidak menerima vaksin atas sebab tertentu seperti umur rendah, alahan kepada vaksin, tolak vaksin; boleh dilindungi melalui imuniti

kelompok.


✅Kini Melaka hanya 64% divaksinasi sepenuhnya.

26% penduduk Melaka masih belum divaksinasi. Usaha vaksinasi penduduk negeri Melaka mesti dipertingkatkan jika inginkan PRN yang selamat daripada perspektif imuniti populasi. 

 

Hanya jika himpunan syarat2 kesihatan awam ini dipenuhi barulah PRN diMelaka boleh berjalan dgn lancar dan selamat dan tidak mengugat kesihatan penduduk Melaka khususnya dan Msia am nya


No comments: