Hadi perlu hormati keputusan rasmi Majlis Pimpinan Pakatan, kata PKR


Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah bersetuju agar Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. – Gambar fail, 26 Julai, 2014.  



Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah bersetuju agar Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. – Gambar fail, 26 Julai, 2014. 


 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dinasihatkan supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang memperakui prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan PKR untuk mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan dalam mesyuarat pada 23 Julai lalu.

Menurut Saifuddin, PAS dalam mesyuarat itu diwakili enam pemimpin tertinggi, iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Hatta Ramli.


"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu dalam hal pertukaran Menteri Besar Selangor.
  "Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini digunakan dalam menentukaan menteri besar di negeri Pakatan Rakyat lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin turut membandingkan isu Selangor dengan pergolakan jawatan Menteri Besar Kedah yang dipegang Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR itu ‎di tangan Barisan Nasional (BN).

"PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan menteri besar Kedah adalah daripada PAS walaupun ada pelbagai permintaan dari Pakatan Rakyat yang lain supaya PKR menyatakan pendirian sama ada menteri besar ditukar atau tidak," katanya. – 26 Julai, 2014.

No comments: