Malaysia bukan sahaja hadapi Korupsi Ilmu. Malah Korupsi Nilai.



Seorang bekas Perdana Menteri telah didapati bersalah dengan kesalahan salah guna kuasa dan dihukum 12 tahun penjara beserta denda RM210 juta.
Tapi dengan tak malunya dia pohon kepada Kerajaan untuk dihadiahkan kepada dia rumah dan tanah bernilai RM100juta. Katanya sebab jasanya pada negara.
Kalau ia pun tunggu la sampai habis rayuan. Kalau betul boleh didapati tak bersalah.
Nilai buruk yang diajar oleh pesalah ini:
1. Tidak jadi salah terima “derma Raja Arab”kononnya untuk negara, tetapi masuk akaun sendiri dan dibelanja sakan untuk isteri.
2. Tidak jadi salah bekas Perdana Menteri simpan wang tunai RM114juta di kondo dan segala harta yang mewah, yang kita tak tahu dari punca mana duitnya.
3. Tidak mengapa dia, anak dan isteri tak bayar cukai berbilion pada negara. Harta mereka yang punya banyak pun kita tidak tahu datang dari mana.
Inikah contoh PM yang kita nak angkat untuk jadi panduan kepada generasi muda?
Dengan duit punya banyak, dia bayar kumpulan cytro dan media yang kuat buat propaganda. Bukan saja spin dan seleweng segala nilai dan prinsip yang sepatutnya. Tetapi turut juga harass, membuli dan menekan siapa saja yang lantang bersuara.
Betul kata orang. Corruption is the mother of all evil.
Bangkitlah pemimpin semua. Cucilah negara dari anasir buruk ini. Kalau tak dibendung, nescaya meranap negara.

LIYANA MARZUKI