Oleh SITI NUR ZAWANI
MISCON / November 18, 2021
Bekas Yang Dipertua
Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob memuji sikap Pengerusi Pakatan Harapan,
Adly Zahari yang dianggap sebagai berintelek dan praktikal.
Menurutnya, Adly sama
sekali tidak dilihat sebagai boneka DAP, rakan gabungan dalam PH.
Adly katanya, hanyalah
bersifat praktikal bekerjasama dengan DAP yang merupakan blok besar dan mampu
memberi sokongan kepada beliau sebagai calon Ketua Menteri.
“Saya secara peribadi sebagai
(bekas) Gabenor walaupun tidak berpolitik, saya meminati dengan kualiti yang
dia ada. Dia sangat ‘gentleman’.
“Kalau
nak tahu sama ada dia boneka atau tidak, jawabnya tidak. Dia seorang pragmatik,
kena tukar perkataan tu.
“Kenapa
ada ayat mengatakan dia ini boneka kepada DAP? Sebab dia praktikal. Dia kenal
DAP ini satu blok yang besar. Sangat unik. Saya pun tahu dari dulu lagi (DAP)
sangat bersatu padu.
“Dia
sebagai ketua menteri masa itu, dia mesti ‘survey’ di mana terdapat
sokongan-sokongan yang kuat kepadanya. Dia sorang pragmatik, dan praktikal
dalam apa-apa yang dia lakukan,” katanya dalam satu klip video.
Pada
masa sama, Mohd Khalil juga mengakui beliau meminati sifat kepimpinan Adly
namun tidak campur tangan dalam politik yang berada di belakang Adly.
“Secara diam-diam saya meminati
dia tapi saya tak boleh campur tangan politik di belakang Adly. Dan kali ini
dia memimpin satu parti atau organisasi yang saya rasa boleh membantu dia.
Mohd Khalil telah beberapa kali menghadiri program kempen calon PH sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menandakan sebagai satu isyarat positif kepada gagasan politik itu.