MALAYSIA AKAN BERHADAPAN PILIHANRAYA...DAN BERSATU DIJANGKA AKAN TAMAT RIWAYATNYA

 

Hamdan Taha


Malaysia sekali lagi akan berdepan dengan PRU ke 15 dari bulan 9 sampai lah ke 2023 kita tak tahu bila.


Tetapi pandangan saya keputusan pru ke 15 masih sama seperti sekarang. Tidak ada parti atau gabungan yang dapat membentuk kerajaan kecuali dengan memgujudkan kerajaan campuran


Apa yang menyedihkan saya ialah pru ke 15 ini negara kita masih berdepan dengan calun Perdana Menteri yang berlegar orang yang sama. Muhyuddin,Anwar,Haji Hadi,Tun Dr M, Ku Li dan jika Zahid Hamidi masih boleh bertanding beliau juga akan tersenarai.....nama nama baru tak cukup kuat untuk di ketengahkan....jika pru berlaku pada tahun ini...


Jika berlaku pada tahun 2023 barangkali ada sedikit perubahan calun Pm. Kerana umno sudah tentu akan ada presiden yang baru. Begitu juga barang kali Pas dan Bersatu....itu akan merubah senario masa itu.


Jika pru pada tahun ni saya menjangkan kerajaan PN ini tidak akan laksanakan keputusan membenarkan rakyat berumur 18 tahun boleh mengundi secara automatik tampa perlu berdaftar di spr. Hamzah dan Muhyuddin tahu itu bahaya bagi mereka dan perkara itu akan menyebabkan kedudukan mereka bahaya. Spr akan mencari jalan tidak akan melaksanakannya...


Tiga penjuru tetap akan berlaku jika tidak di semua tempat pun tetapi 90 peratus saya yakin akan ada pertembungan tiga penjuru dan barangkali empat penjuru juga ada jika ambil kira parti putra pimpinan Ibrahim Ali. Tiga penjuru ini sukar di elakkan kerana masing masing parti merasakan mereka perlu melebihi kerusi menang antara satu sama lain.


Jika di sebelah PH pula parti Tun Dr M gagal berdaftar dan parti Muda juga gagal berdaftar kemana arah mereka juga perlu di lihat betul betul. 


Tetapi saya menjangkakan pru kali ini tidak lagi mengairahkan rakyat biasa tetapi hanya mengairahkan orang parti politik sahaja. Rakyat di luar negara tidak lagi berminat tambahan pula tidak bole pulang,jika undi post saya kurang yakin ada ketelusan. 


Melihat hati kering Muhyuddin Yasin memerintah saya tak nampak BN dan PN boleh teruskan gabungan sehingga pru. Tambahan pula X faktor Tan Sri Muhyuddin sudah tidak ada sikit pun untuk di jual kepada rakyat. X faktor yang ada hanya mengunakan harta kerajaan dalam berdepan pru...


Jika pru ke 14 PH berjaya menjadi kan Najib sebagai bahan serangan isu GST dan 1MDB menjadi begitu sensasi sehingga rakyat berpusu pusu dan tidak sabar untuk mengundi selain BN ketika itu....dan terlalu ramai rakyat sangat sangat nak lihat Najib dan Rosmah jatuh....sekarang isu itu sudah tidak ada lagi....


Isu kali ni lebih mencabar kerana berkaitan betul betul dengan rakyat. Kehilangan pekerjaan kejatuhan ekonomi penganguran yang maha dasyat sedang melanda negara. Semua ini memyebabkan cara mengundi agak berbeza. Tetapi jika pengundi 18 tahun di benarkan saya yakin dan penuh percaya PN akan tewas....tapi jika mereka tak boleh mengundi masih ada peluang pada umno dan pas....Bersatu bagi saya sudah tamat....




No comments: