Dakwa ulamak Al-Azhar sokong pembunuhan, Dusuki ditempelak
Amboi, terang-terangan ya ustaz PAS ni mengakui bahawa memang dia mengatakan para ulama al-Azhar sebagai penyokong pembunuhan rakyat serta mengandaikan mereka seburuk-buruk umat akhir zaman.
Dia tak tahu ke ulama al-Azhar sedang berusaha untuk mengelakkan Mesir terjerumus ke lembah Terr0risme agar tak jadi macam Syria dan Syeikh Said Ramadan al-Buti yang dibom pengganas?
Janganlah kita terlampau taksub dengan Harakisme sampai sanggup gunakan sumber Teori Konspirasi untuk membuat fitnah kononnya ulama al-Azhar menyokong pembunuhan rakyat dan mendokong agenda One World Religion.
Set-set pondok ASWJ atau graduan al-Azhar kalau berdiam diri melihat tokoh ulama ASWJ seperti Syeikh Ahmad Tayyeb dan Syeikh Ali Jumuah ni dihina, apalah makna sijil al-Azhar, kepiah merah, kitab akidah yang dipelajari selama ini.
Manhaj ASWJ mendahulukan Akidah berbanding kepentingan parti politik.