KENAPA DSAI SUKAR UNTUK MENJADII PM.

 

Hamdan Taha


Saya semalam bersembang dengan seorang dato dr yang pada tahun 1998 semasa itu dia bertugas dalam kerajaan dan sangat mengetahui kes melibatkan tun dr m dan anwar ibrahim...


Saya bertanya kepada beliau sebenar benarnya kenapa boleh berlaku krisis besar antara tun m dan anwar ibrahim...


Dia jawap tolak lah isu liwat...rasuah dan yang seangkatan dengannya...kerana pengalaman dia bekerja dekat dengan dr m isu moral ini tidak pernah lekat di hati beliau. Bukan saja orang bawahan politik beliau tetapi termasuk anak dan cucu cucu beliau. Dr m tidak pernah pun kisah jika anaknya ada masalah moral dan ini benar berlaku. Kes marina dan nazri di zaman muda...kes marina dan sahabat sahabatnya termasuk suami perancis dan indonesia....begitu juga kes sosial mokzani...mukriz...mirzan dan cucunya....tun m anggap itu biasa sahaja....ayat selalu di gunakan oleh beliau....bumi mana tak di limpahi hujan....


Tak perlu sebut nama tapi isu moral ini semua orang rapat tun m ketika zaman beliau berkuasa ada macam macam hal berlaku dan tun m bukan saja tidak kisah tapi beliau menjadi penyelamat kepada beberapa kes yang melibatkan pemimpin besar yang menjadi penyokong beliau.....tun selamat kan daripada di dakwa dan di siasat....ramai yang tahu dan ramai juga yang tak tahu....kes terbaru sudah tentu lah Azmin Ali...dan Zahid Mat Arif


Jadi kenapa Anwar dan Mahathir boleh berperang begitu teruk. Masalah mereka ketika tahun 1998 hanya perebutan kuasa dan harta. Ketika itu Anwar Menteri Kewangan dan Tun M perdana menteri Krisis Ekonomi meruntuhkan syarikat syarikat besar dan orang orang besar. Anwar pula cenderong kepada nasihat IMF dan Tun Dr M pula cenderong kepada Nasihat daim dan kroni kroni beliau...


IMF dan Anwar bercadang dan merancang untuk memperbaiki ekonomi adalah dengan bunuh semua syarikat syarikat besar yang bergayut dengan kerajaan. Kroni kroni tidak perlu di selamatkan tetapi kroni yang telah lama bergayut dengan kerajaan. Buat kroni baru dan naik kan syarikat baru dan nama baru....ini di buat di indonesia dan banyak negara lain yang meminjam wang IMF....indonesia akhirnya berjaya...kroni suharto semua di buang dan buat kroni baru...


Kebetulan syarikat syarikat besar dan kroni kroni lapisan pertama tahun 98 itu adalah 100 peratus orang Daim dan Tun M. Kroni dan syarikat lapisan ke dua yang cuba di naikkan mengantikan kroni utama adalah terdiri daripada penyokong Anwar Ibrahim....ini bahaya bagi daim dan mahathir


Maka semua tokoh tokoh kroni utama malaysia ketika itu mendesak Daim dan Tun M berbuat sesuatu....sebelum kita di bunuh lebih baik kita membunuh....antara orang yang cukup terkesan masa itu ialah Daim...Ku Nan...anak Tun M semua dan taiko taiko cina dan india sahabat baik tun yang bangsa cina seperti berjaya...ytl dan ramai lagi...ananda...genting...


Apabila semua sepakat maka tun m terus mengunakan apa yang ada pada beliau untuk membunuh anwar dan pasukannya. Apabila Anwar di matikan barisan ke dua yang menyokong anwar pun akhirnya mati dan ada yang ambil sikap menyokong tun m....maka mati lah anwar...


Kali ini berlaku lagi sekali nampaknya....ekonomi dan syarikat syarikat kroni tun m terkesan di zaman pak lah..najib dan sekarang muhyuddin ...maka tugas mereka ialah bunuh semua perdana menteri yang tidak menguntung kan mereka....


Cuma kali ni ada sebahagian kroni tun m ada yang bergayut dengan Muhyuddin melalui Hamzah Zainudin dan Menantu Muhyuddin maka mereka masih mempertahan kan Muhyuddin. Seperti Ku Nan walaupun beliau berdepan masalah tapi beliau ada Hamzah yang dia yakin Akhirnya dia akan di selamatkan. Itu sebab Ku Nan kali ni tidak menyokong Najib atau pun Zahid dia bermain di atas pagar...


Tapi Daim dan tun m bersuara dua hari yang berdekatan. Semalam Tun M dan sehari sebelumnya Tun Daim. Saya yakin dan percaya ini kerana kroni kroni mereka dah menjerit parah di sebabkan keadaan ekonomi. Muhyiddin perlu di kalahkan....cuma delima dua tun itu ialah jika muhyuddin jatuh jawatan itu boleh ke Anwar Ibrahim....ini menyebabkan Tun M dan Tun Daim serang tapi gunakan senjata yang tidak kuat....berhati hati....


Paling di takuti oleh tun m jika anwar bergabung pula dengan Najib...zahid....ini cukup mengerunkan. Itu sebab Tun M arahkan juga Mukriz membuat kenyataan supaya PRU tidak di adakan secepatnya....beliau tahu jika ada PRU atau pun Sidang Parlimen boleh berlaku kali ini...Anwar dan Najib juga zahid dan Nazri Aziz bersama sama ...ini berat buat muhyuddin dan tun m....semuanya melibatkan perut tun m.....tun daim ....negara jadi rosak


Begitu juga kes tan sri muhyuddin yang di katakan ada isu skandal dengan seorang perempuan cina. Semasa muhyuddin di pecat dari umno dan tun m nak tubuh parti baru isu itu di keluarkan oleh JJM. Sehingga di bawa ke Mahkamah, apabila kes itu berbangkit Tun M minta Tun Daim buat siasatan dan bertanya betul betul kepada Tan sri Muhyuddin itu arahan Tun M. Setelah dapat jawapan dari Tan Sri Muhyuddin maka Tun Daim telah seslesaikan perkara tersebut sehingga pihak bekas suami wanita itu menarik semula Kes itu....perbincangan di buat di singapore....dan Muhyudin di lantik sebagai Presiden Penaja Bersatu begitulah Tun Dr M yang tak kisah bab moral ini......janji untung kan beliau....



No comments: