PRN PERLU DIADAKAN DI PERLIS LEBIH DULU
31 Mei 2026
Selama ini kita merasakan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan mungkin akan dilangsungkan PRN dalam waktu terdekat ini.
PRN dirancang untuk diadakan di Johor kerana tempoh lima tahun sejak pilihan raya terdahulu pada Mac 2022 sudah hampir tamat dan BN mahu mencipta momentum kemenangan sebelum PRU16 diadakan.
Oleh kerana potensi mengekalkan kemenangan dua pertiga di Johor lebih cerah berbanding Melaka, sebab itulah negeri paling Selatan itu dipilih untuk diadakan PRN terlebih dahulu.
PRN Melaka sebelum ini diadakan pada November 2021, lebih dulu berbanding PRN Johor dan tempoh matang lima tahunnya juga berakhir sebelum ketibaan tahun baru 2027.
Tetapi, sebaimana disebut di atas bahawa oleh kerana BN lebih mudah menang di Johor, maka BN merancang PRN di Melaka harus dikemudiankan.
Apa pun, BN tetap merancang membubarkan kedua-dua DUN itu pada tahun ini.
Di Negeri Sembilan pula, berikutan krisis Undang dengan Kerajaan Negeri dan diikuti dengan 14 Adun UMNO menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun, ia paling mungkin diselesaikan dengan DUN dibubarkan dan PRN perlu diadakan.
Sidang DUN Negeri Sembilan telah dirasmikan pembukaannya pada 23 April lalu, tetapi ia kemudian ditangguhkan berikutan kebimbangan usul undi tidak percaya akan dibentangkan.
Aminuddin ada tempoh enam bulan iaitu sehingga 24 Oktober untuk mengadakan sidang DUN Negeri Sembilan, jika tidak Dewan akan terbubar secara automatik.
Berikutan belum nampak ada jalan penyelesaian dengan 14 Adun UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pula menyarankan agar diadakan PRN sebagai jalan menyelesaikan kebuntuan, besar kemungkinan DUN Negeri Sembilan akan dibubarkan sebelum Oktober ini.
Berdasarkan senario di atas, PRN di tiga negeri berkenaan hampir tidak dapat dielakkan lagi.
Begitu pun, di sela-sela penantian pilihan raya di tiga negeri berkenaan, insiden menembak lembu korban melibatkan Menteri Besar Perlis, disertai dengan kedudukannya yang sedia tiada majoriti, ia juga memerlukan penyelesaian melalui PRN di negeri tersebut.
Meskipun ada nas yang membenarkan haiwan korban ditembak, tetapi ramai mempersoalkan kewajaran ia dilakukan, tambahan lagi tidak ternampak lembu itu bertindak liar sehingga membahayakan nyawa manusia.
Ada juga yabg sinis berkata, sebelum ini bila ada program korban, yang selalu dipesan untuk dibawa ialah parang, tetapi kenapa ada yang bawa senapang?
Abu Bakar Hamzah menjadi Menteri Besar Perlis melalui tindakan tebuk atap, tetapi berikutan tiga Adun PAS bukan lagi bergelar Adun, PAS kini masih mempunyai enam Adun, sementara Bersatu hanya ada lima Adun.
Dengan itu, jika PAS mengemukakan usul undi tidak percaya, Abu Bakar hampir pasti akan jatuh tergolek.
Sidang DUN Perlis sudah ditetapkan pada 3 hingga 5 Jun ini dan Menteri Besar telah menegaskan bahawa beliau akan segera membubarkan DUN jika ada usul undi tidak percaya dikemukakan kepadanya.
Sehingga ini ada khabar pasti sama ada PAS akan mengusulkan usul tidak percaya atau tidak, tetapi berdasarkan kejadian tembak lembu korban baru-baru ini, selain hubungan dengan Bersatu makin keruh, PAS semacam ada tanggungjawab moral untuk memulihkan keyakinan awam dan mengambil semula haknya dengan memulangkan kepada rakyat siapa lebih berhak menerajui kerajaan negeri.
Yang perlu juga difikirkan, jika PAS jadi Menteri Besar, kejadian tembak lembu korban hampir pasti tidak berlaku. - ShahbudinHusin 31Mei2026.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1298753975581052&id=100063393840098
No comments:
Post a Comment