Merujuk kepada hantaran facebook Dr Muhammad yang dimuat naik di laman muka buku beliau pada pagi ini, pihak kami dengan ini menjelaskan sebagaimana berikut:
1. Perjanjian sewa bertarikh 1 September 2025 ditandatangani antara Dr Hj Muhammad (pemilik premis yang baharu) dan Penyewa untuk penyewaan premis selama satu tahun bermula 1 September 2025 sehingga 31 Ogos 2026. Manakala notis penamatan bertarikh 25 April 2026 dikeluarkan atas kepala surat Srikota Properties Sdn Bhd.
2. Dr Muhammad Hj Zulkifli secara tidak benar dan mala fide telah memuat naik hantaran mengatakan penamatan sewa melalui notis bertarikh 25 April 2026 berkuatkuasa 30 April 2026. Lima hari notis penamatan ini adalah bertentangan dengan klausa perjanjian sewa yang mensyaratkan notis dua bulan.
3. Dr Muhamad Hj Zulkifli juga telah menerima deposit sebanyak RM8700 (deposit sewa dan utiliti secara serahan hak daripada pemilik asal bangunan) dan pihak penyewa melalui peguamnya telah menuntut pemulangan deposit atas alasan penamatan awal. Namun sehingga ke hari ini deposit TIDAK DIKEMBALIKAN.
Jumlah DEPOSIT SEWA berjumlah RM8,700.00 manakala bayaran sewa bulanan hanyalah berjumlah RM2,200. Penyewa telah membuat bayaran sewa bagi bulan April 2026 pada 12 April 2026. Bayaran sewa bulan Mei ditangguhkan memandangkan pihak tuanpunya tidak memberi respon berkenaan pemulangan deposit kepada penyewa. Dr Muhammad BOLEH memotong deposit RM8,500 sebagai pembayaran sewa bulan Mei 2026 berdasarkan klausa 4(e) Perjanjian Sewa tanpa perlu halangan daripada pihak kami.
4. Dr Muhammad Hj Zulkifli juga telah menghubungi peguam penyewa pada jam 5.59 pagi 10 Zulhijjah 1447, pagi hari raya Aidil Adha untuk berbincang berkenaan penamatan sewa. Walaupun telah diminta secara baik untuk menangguhkan perbincangan bagi menghormati kemuliaan hari raya korban, beliau masih tetap menghubungi peguam penyewa pada jam 11.59 malam hari Rabu, 27 Mei 2026 bersamaan 11 Zulhijjah 1447. Sangat tidak rasional dan waras pada waktu hari yang mulia untuk mendahulukan urusan perbincangan penamatan sewa yang hanya berjumlah RM2,200 pada hari kemenangan bagi seluruh umat Islam.
5. Bagi pihak Pusat Khidmat Parlimen Kubang Kerian, kami menyeru Dr Haji Muhammad bin Zulkifli agar tenang dalam isu ini. Begitu juga para netizen, kami ingin mengajak agar kita menghayati kisah pengorbanan Nabi Ismail kepada ayahandaNya Nabi Ibrahim dalam mematuhi perintah Allah SWT. Pusat Khidmat Parlimen Kubang Kerian sentiasa komited menjunjung janji menyempurnakan tanggung jawab membayar sewa dan begitu juga kami mengharapkan pemulangan bayaran deposit sewa kami.

No comments:
Post a Comment