‘P45’ dipandu berbahaya, Timbalan Menteri Agama mohon maaf
‘P45’ dipandu berbahaya, Timbalan Menteri Agama mohon maaf. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary hari ini memohon maaf atas insiden yang mencetuskan kemarahan orang ramai dan pasrah jika dikenakan tindakan atas kejadian tersebut.
Dalam kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, ahli parlimen Pengkalan Chepa itu berkata sebagai manusia yang tidak sempurna, dia mengambil tanggungjawab atas teguran yang diberikan dan menjadikan ia sebagai penambahbaikan untuk diri sendiri dan kakitangannya.
Tambah Ahmad Marzuk, kes tersebut sedang dalam siasatan pihak berkuasa dan kakitangan yang terlibat juga telah dipanggil memberikan keterangan beliau.
“Sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau (pemandu) dan saya sendiri.
“Biarlah hukuman itu di atas dunia andai dengan sebab itu ia melepaskan kami daripada hukuman di akhirat,” katanya.