SALAH SATU PUNCA KEJATUHAN NAJB IALAH RAKYAT TOLAK CUKAI GST. ZAMAN "BOOSKAU'" DAH BERLALU

 


GST perlu dilaksana semula untuk salur bantuan tunai lebih tinggi, kata Najib




Sistem percukaian GST adalah lebih saksama dan progresif yang mampu memberi ruang kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi, kata Najib Razak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri Najib Razak berpendapat kerajaan perlu melaksanakan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) secepat mungkin, sebaik negara pulih daripada pandemik Covid-19 bagi mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan asing dan mengukuhkan fiskal negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan dipetik Bernama berkata pelaksanaan GST mampu menyasarkan ‘ekonomi gelap’ yang bersaiz RM300 bilion setahun yang sebelum ini terlepas daripada membayar apa-apa cukai.

“GST telah menyebabkan ‘the black economy’ menguncup daripada 25% kepada 10%. Ini adalah ketirisan yang lebih teruk sebelum GST, dan sebab itu GST memberi manfaat kepada negara dan rakyat,” katanya pada sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Najib berkata, kutipan hasil GST mampu diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah, khususnya kumpulan B40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar berbanding nilai GST dibayar mereka.

Ini kerana, katanya, GST ialah cukai kepenggunaan di mana lebih banyak berbelanja, lebih tinggi cukai dibayar.

Mengulas mengenai pengukuhan fiskal kerajaan, beliau berkata, sistem percukaian GST adalah lebih saksama dan progresif yang mampu memberi ruang kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi.

Pada masa ini, katanya, cukai korporat yang dikenakan di Malaysia adalah antara tertinggi iaitu sebanyak 24%, berbanding negara Asean lain seperti Singapura sebanyak 17%, Thailand (20%), Indonesia (22%) dan Vietnam (20%).

Selain itu, Najib juga berkata, memandangkan RMK12 dibentang pada penghujung 2021 bagi tempoh pelan 2021-2025 berikutan Covid-19, ia wajar disemak semula supaya lebih bertepatan dan berdasarkan keadaan semasa.

No comments: