PERSATUAN PEGUAM MUSLIM MALAYSIA BERKATA PATUT KETUA POLIS YANG CAKAP.......

 

TAPI SIAPA PULAK YANG LANTIK MAK LAMPIR BERCAKAP.




GAMBAR TIADA KAITAN DENGAN BERITA.SEKDAR HIASAN SEMATA

Tutup kes kematian Adib: NGO kecam Zuraida

Tutup kes kematian Adib: NGO kecam Zuraida

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗞𝗘𝗦 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛𝗬𝗔𝗥𝗛𝗔𝗠 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗔𝗗𝗜𝗕 𝗕𝗜𝗡 𝗛𝗝 𝗞𝗔𝗦𝗦𝗜𝗠

1. PEMBELA menzahirkan rasa marah, terkejut dan kecewa di atas kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Zuraida Kamaruddin yang menyatakan kes Kematian Adib ini ditutup dan hanya akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu.

2. Kenyataan beliau ini menimbulkan pelbagai persoalan;

i. Adakah siasatan masih diteruskan untuk mendapat bukti baharu atau sekadar menunggu mana-mana pihak membuat laporan?
ii. Maka, jika kes ini ditutup, bagaimana pula pihak berkuasa siasatan ingin kemukakan dan cari bukti baharu?
iii. Apakah hasil siasatan yang dibuat oleh satu jawatankuasa yang ditubuh oleh pihak polis satu ketika dahulu?
iv. Apakah masih tidak cukup bukti yang dikumpul?
v. Mengapakah beliau pula yang mengeluarkan kenyataan berkenaan kes ini? Apakah ini pendirian rasmi pihak berkuasa?

3. Adalah suatu keadaan yang sukar dipercayai bahawa pihak polis tidak dapat mencari bukti dan mengesan pesalah pada zaman teknologi yang serba canggih kini. Pelbagai pengakuan serta video dan gambar telah diambil oleh pelbagai pihak semasa kejadian; di manakah bukti-bukti ini?

4. PEMBELA menerima banyak maklumbalas dari pelbagai NGO, pengamal undang-undang dan orang awam yang berasa amat kecewa dan marah dengan pengumuman yang dibuat oleh YB Zuraida Kamaruddin berkenaan dengan isu ini. Jika isu ini tidak ditangani dengan baik, maka 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂.

5. Ini bukan isu biasa, jauh sekali isu perkauman tetapi ini adalah ISU KEADILAN untuk seorang PENJAWAT AWAM. Pihak Mahkamah Koroner melalui keputusan inkues juga telah menyatakan dengan jelas terdapat bukti Adib dipukul, setelah mendengar keterangan dari puluhan saksi dan melihat pelbagai bukti yang wujud di tempat kejadian. Pelik sungguh jika kes ini ditutup begitu sahaja.

6. Sehubungan dengan itu, PEMBELA akan berusaha dan bekerjasama bersama dengan pelbagai pihak termasuk dengan keluarga Allahyarham Adib bagi mengorak langkah tindakan seterusnya yang harus diambil bagi memastikan 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗚𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡.

Hj. Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
29 September 2021



No comments: