Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Disalur Januari 2026

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 6 akan mula disalur sebanyak RM150 setiap pelajar mulai Januari 2026.
KUALA LUMPUR, 22 Dis – Inisiatif Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 akan diteruskan dengan pemberian RM150 secara sekali beri (one-off) kepada lebih 5.2 juta murid sekolah, seawal Januari tahun depan.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, ia meliputi pelajar dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 6, bagi membantu meringankan kos menyediakan kelengkapan persekolahan tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.
Bagaimanapun menurut KPM, penyaluran bantuan itu akan kembali dibuat secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa.
“Pendekatan ini bukan sahaja memastikan penyampaian yang lebih berkesan, malah bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.
“Komitmen berterusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara demi kelangsungan pendidikan berkualiti,” kata kenyataan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober lalu telah mengumumkan pemberian berkenaan bagi membantu ibu bapa memyediakan ekosistem persekolahan anak-anak mereka dengan lebih sempurna.


No comments:
Post a Comment