SPRM siasat dakwaan transaksi wang ke akaun pegawai kanan tentera


 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah datang ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memulakan siasatan dakwaan kemasukan wang ke akaun bank seorang pegawai kanan tentera.


Menurut sumber, SPRM tiba kira-kira jam 11.30 pagi tadi, bagi menyiasat projek yang melibatkan tentera darat dari tahun 2023 hingga kini.


Fokus siasatan tertumpu kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) tentera darat.

“Transaksi kewangan mencurigakan yang dikaitkan dengan individu-individu tertentu yang dinamakan dalam dakwaan tersebut juga akan diteliti,” kata sumber.



Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan seorang pegawai kanan tentera.


Beliau menegaskan bahawa semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional, berasaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.


Pada Isnin, MINDEF dalam kenyataan menegaskan pihaknya memberi perhatian serius terhadap dakwaan pengubahan wang haram yang melibatkan seorang pegawai atasan tentera yang dilaporkan kepada pihak berkuasa




No comments: