Ini jawapan balas Lim Guan Eng kepada sindiran timbalan presiden Umno
Penasihat DAP Lim Guan Eng membalas sindiran pedas timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Macam mana nak rasmikan Terowong Pulau Pinang pada pertengahan tahun 2026 bila satu sen pun tak dibayar?
“Hanya Mat Jenin boleh dapat terowong percuma,” soal Lim menerusi laman Facebook beliau.
Pagi tadi Mohamad membuat sindiran kepada DAP dengan menulis seperti berikut:
“Saya pun tunggu nak celebrate apabila Mahkamah merasmikan Terowong Pulau Pinang, mungkin pertengahan tahun 2026.”
Mesej sinis ini merujuk kepada kes mahkamah yang dihadapi Lim.
Kontroversi di antara DAP dan Umno tercetus susulan hantaran setiausaha publisiti DAP Yeo Bee Yin.
Semalam Yeo yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata keputusan mahkamah untuk tidak menerima titah Adendum Diraja dalam kes melibatkan mantan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang wajar diraikan.
No comments:
Post a Comment