Haaaaa...baru da akai. walaun , kalau boleh fitnah hentam orang, akhirat pun tak kenai. kali ni kes di Perlis pulak. Padan muka hangpa.

 

Krisis Perlis: Usah Tuduh PH ‘Menangguk Di Air Keruh’



Sindiran Mohd Shukri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim rupanya memakan diri apabila dilaporkan lapan ADUN Perlis menarik sokongan kepadanya sebagai menteri besar hingga terpaksa dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur.

KANGAR, 23 Dis – Pakatan Harapan (PH) tidak melihat pergolakan politik di Perlis sebagai sesuatu yang ganjil umpama ‘menangguk di air keruh’ apatah lagi didakwa kononnya ‘mengambil kesempatan’ daripada krisis dalaman Perikatan Nasional (PN) negeri.

Menurut pemerhati politik, krisis PN bukannya datang daripada mana-mana pihak sebaliknya ditimbulkan sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

“Kegagalan PN mentadbir Perlis bukannya sesuatu yang luar biasa malah telah lama berantakan sejak ‘operasi’ menumbangkan MB (Mohd Shukri) digerakkan ADUN yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri menangani isu rakyat.

“Jadi PH tidak wajar dilihat sebagai ‘mengambil kesempatan’ daripada perbalahan antara mereka (Pas dan Bersatu) tetapi hanya bertujuan memastikan kerajaan negeri stabil dan boleh mengurus isu rakyat tanpa perlu berpolitik 24 jam,” ujarnya.

Tambahnya, PH akan tetap bersedia dengan sebarang kemungkinan andai kemelut PN tidak dapat diselesaikan menerusi rundingan dan jalan akhir iaitu pembubaran DUN terpaksa dilakukan.

Semalam kecoh mengenai desas-desus pertukaran Mohd Shukri sebagai MB Perlis selepas lapan ADUN dikatakan menghantar akuan bersumpah (SD) kepada pihak istana kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan ADUN Sanglang itu.

Apakah ‘hari-hari terakhir’ Mohd Shukri sebagai Menteri Besar Perlis bakal menjelma kerana dikhabarkan nama calon baharu telah disenarai pendek untuk menggantikannya?

Antara lima nama yang disebut adalah dari wakil rakyat Bersatu manakala tiga lagi adalah dari parti Pas dari tiga kawasan Parlimen di negeri itu.

Bersatu dilapor telah menyerahkan tiga nama kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar baru menggantikan Mohd Shukri.





No comments: