Bertanding dalam pilihanraya ini bukan semata-mata nak popular atau boleh main emosi.
Calon yang menawarkan diri mesti ada idea, mesti ada visi dan penyelesaian kepada masalah rakyat sebab itu lah amanah rakyat kepada kita.
Tidak ada bapa yang ingin tinggalkan hutang kepada anak, tidak ada ibu yang mahukan kehidupan anak lebih susah dari mereka. Naluri sebagai manusia, kita mahukan yang terbaik kepada generasi anak cucu kita.
Maka, setiap keputusan yang kita ingin ambil mesti lah ke arah membawa lebih banyak kebaikan dan ambil kira kesan jangka panjang kepada kehidupan anak cucu kita.
Sebagai pengundi, tugas kita adalah membuat perbandingan secara rasional, tidak terpengaruh oleh emosi, supaya kita dapat membuat pilihan yang berinformasi dan yakin bahawa calon yang dipilih adalah yang paling berkelayakan untuk memimpin berdasarkan kepakaran, idea, dan kemahiran yang dimiliki.