COVID-19: 1,116 kes positif baharu, 5 lagi kematian

 

Astro Awani
COVID-19: 1,116 kes positif baharu, 5 lagi kematian
Selangor kekal negeri tertinggi mencatatkan jumlah kes positif baharu COVID-19 dengan 403 kes dikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 158 kes dan Sarawak (124). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,116 kes baharu positif COVID-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan kini 334,156 kes.
Lima kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 1,238 kes.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,495 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini ialah 318,784 kes.
Sebanyak 14,134 kes aktif direkodkan dengan 156 menerima rawatan di Unit rawatan Rapi (ICU) dan 60 lagi menerima bantuan alat pernafasan.
Selangor kekal negeri tertinggi mencatatkan jumlah kes positif baharu COVID-19 dengan 403 kes dikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (158 kes) dan Sarawak (124 kes).
Berikut ialah jumlah kes harian mengikut negeri:
Selangor - 403
Sabah - 36
Johor - 86
WP KL - 158
Negeri Sembilan - 41
Pulau Pinang - 88
Sarawak - 124
Perak - 39
Kedah - 27
Melaka - 12
Kelantan - 44
Pahang - 42
Terengganu - 3
WP Labuan - 8
WP Putrajaya - 5
Perlis - 0




No comments: