Sia-sia Kelantan ada 5 menteri masalah air tak selesai - MSO

 




POSTED BY AMIR WRLR


Kelantan mempunyai 5 menteri Persekutuan yang sepatutnya telah membolehkan negeri itu mendapat peruntukan khas menaiktaraf bekalan air bersih secara segera tanpa menunggu Belanjawan tahunan negara.

Bagi penulis politik terkenal Mohd Sayuti Omar atau MSO, kegagalan kerajaan negeri Pas Kelantan memohon peruntukan khas dan kegagalan menteri dari Kelantan mendesak peruntukan itu memperlihatkan kelemahan menyolok mata kerajaan Perikatan Nasional secara keseluruhan.

"Tidak ada guna Kelantan diberikan kuota sampai lima menteri tetapi seorang pun tidak ada inisiatif untuk menyelesaikan masalah bersangkutan.

"Sia sia mereka diberi kepercayaan. Selain Takiyuddin dan Mustafa serta tiga lagi MP Kelantan dilantik jadi menteri Tuan Ibrahim, Annuar dan Razi Jidin," sinis beliau di Facebooknya.

Sayuti turut mengulas pertanyaan mengenai masalah bekalan air bersih yang dibangkitkan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Selasawati Ghazali, dalam program Malaysia Prihatin yang diadakan di Kota Bharu semalam.

"Kebiasaanya jika ada kemusykilan atau masalah, jabatan hanya menghantar dan mewakilkan pegawai bawahan sebagai jurucakap atau membangkitnya

"Syabas doktor, jarang-jarang sekali ketua jabatan ikut membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan jabatan atau agensi kerajaan," katanya lagi.

Bagi MSO, masalah yang dihadapi rakyat Kelantan seperti bekalan air bersih, sampah dan prasarana lain hanya akan dapat diatasi sekiranya rakyat sanggup menukarkan kerajaan kepada parti selain daripada Pas.



No comments: