SUSUPAN PAGI
UMNO bahagian Ketereh telah menghantar surat bertarikh 19
Mac 2021 kepada presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan
empat perkara untuk dilaksanakan segera.
Ia merupakan tuntutan dan
desakan, memorandum. Apa dikemukakan itu sebagai menuntaskan beberapa perkara
sebenarnya yang berada dalam jiwa ketua Umno Ketereh Annuar Musa bukannya
desakan atau suara umum Umno.
Empat perkara itu, pertama Umno
Ketereh menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) gabungan BN
dengan Pas, GPS Sabah dan GRS Sarawak.
Kedua mengesorkan
supaya BN dan PN segera memulakan rundingan kerusi serta membentuk gabungan
terkuat untuk menentang PH dalam Piruam ke-15.
Ketiga memohon
Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) segera melantik seorang timbalan perdana
menteri dari kalangan pemimpin BN.
Dan keempat,
fokus dan memberi keutamaan kepada kestabilan politik, menentang Covid, membela
rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara. Perkara terakhir dan ketiga ini
hanya formaliti sahaja bukan keutamaan?
Pengiriman atau penulisan
surat seperti itu; memberi cadangan dan desakan adalah perkara biasa dalam
praktik sistem demokrasi. Begitu juga menyuarakan sesuatu desakan kepada
presiden adalah perkara lazim, merupakan satu tanggungjawab secara tidak
langsung menandakan wujud kebebasan bersuara dalam parti, dan menunjukkan Umno
tidak dikuasai oleh presiden secara veto atau diktator.
Tetapi ada sedikit
kejangalan dengan surat Umno Ketereh yang lebih merupakan surat peribadi Annuar
Musa itu apabila isi kandungannya didedahkan kepada media. Kemurnian
dan kejujurannya serta disiplin beroganisasi tidak ada lagi apabila Annuar
berbuat begitu. Tentu maksudnya mahukan mesej dan tuntutan beliau itu dilihat
oleh dunia serta mempunyai motif tersendiri.
Surat itu lebih kepada
menyerang Zahid sebagai presiden daripada memberi nasihat. Lagipun pun,
setelah orang menyedari akan hubungan atau pun perbezaan nada antara beliau
dengan presiden, tidak sulit untuk orang membaca apakah hujung jatuh dan tujuan
surat tersebut diperbuatkan. Surat tersebut tidak semurni tujuannya lebih-lebih
lagi menjelang seminggu perhimpunan agung Umno (PAU).
Luka lama berdarah kembali.
Hubungan Annuar dengan
Zahid sudah lama diketahui tidak sejalur, dan ia agak kritikal kebelakangan ini
khasnya setelah Umno kehilangan kuasa. Tindakan Zahid memecat Annuar sebagai
Setiausaha Agung Umno adalah klimaks rasa tidak puas hati kedua pihak,
menjadikan luka lama yang berlaku antara keduanya berdarah kembali.
Tetapi kenapa surat itu
dibuat secara umum dan didedahkan kepada media massa? Kebijakan ini
dipersoalkan dari sudut politikal. Justeru apa dilihat di sini Annuar mempunyai
maksud dan strtegi tertentu dengan surat berkenaan. Ia merupakan satu perang
serang (psywar) berterusan dilancarkan oleh Annuar terhadap Zahid Hamidi.
Annuar tidak dapat menyembunyikan rasa tidak puas hati kepada Zahid sampai
kapan pun disamping mendedahkan cita-citanya.
Cara Annuar dikira bijak
mengikut sistem politik Machavellisme. Annuar menggunakan
seoptimunya menyerang Zahid dengan mengambil kesempatan sewaktu Zahid sedang
"bertawajuh" ke Sungai Buloh. Tuduhan di mahkamah terhadap Zahid
digunakan sebaik mungkin oleh Annuar untuk menekan dan menyingkirkan Zahid
sebagai melunasi dendam kesumatnya.
Umum tahu Umno akan
mengadakan persidangan agung (Pau) penghujung bulan ini. Jadi surat Annuar itu
ada kena mengena dengan Pau itu. Surat itu adalah sebagai masej yang hendak
disampaikan oleh Annuar kepada para perwakilan. Apa diharapnya sudah pasti mahu
para perwakilan alert kepada beberapa perkara itu khas
berhubung dengan pembahagian kerusi. Tuntutan dan pengsyoran Annuar masih
logik, tetapi ada maksud tersiratnya menekan Zahid, sebab tidak mudah untuk
Zahid melaksanakannya terutamanya mengeratkan atau bekerjasama dengan
PPBM.
Annuar mungkin sudah
dapat menghidu di sebaik apa yang berlaku sekarang ini, yang Umno dikhabarkan
sudah memulakan perundingan kerusi dengan PH khususnya Keadilan. Perkembangan
terbahru ini sangat mengetik hati dan mencemaskan Annuar Musa. Itulah
menyebabkan beliau gelabah dan tidak lena tidur. Annuar seorang politis yang
boleh dikatakan mahir membaca arus politik berdasarkan pengalamannya. Sekiranya
rundingan itu sukses ia boleh menyebabkan beliau mati beragam.
Sekiranya wujud kerjasama
antara Umno dengan PH, ia akan membuka satu dimensi baru politik yang boleh
menyebabkan kerajaan PN boleh tumbang dan menyebabkan nasibnya sendiri
akan ghuyup entah ke mana. Walaupun dia mungkin ada cita-cita
untuk bergantung "ditangkai bunga raya", tetapi dia tahu tangkai
bunga itu tidak begitu kukuh. Ini menjadikan dia perlu bersiap sedia untuk
pensiun politik.
Jadi apa yang diingini
Annuar dengan surat itu menjadi aspirasi dan api yang akan nyala di PUA
kemudian membakar Zahid Hamidi. Dia mahu pengysoran dan tuntutan itu akan
dilaungkan oleh para pewakilan khas para pembahas. Sekiranya Zahid berjaya
disingkir, maksudnya untuk tercapai bagi memisahkan Umno dengan lain-lain
entiti (Keadilan) dan merapatkan hubungan dengan Pas juga berhasil.
Mungkin orang di luar
sana tidak berapa sedar kewujudan gerakan bawah tanah dalam Umno untuk singkir
Zahid dan kumpulan yang anti PPBM. Orang yang memain peranan penting atau
arkitek untuk menyingkir Zahid dan membersihkan anti Muhyiddin adalah mereka
yang itim dengan Muhyiddin. Walaupun ada beberapa kerat pemimpin Umno lain
sependapat dengan Annuar tetapi mereka lebih bersikap mendiamkan diri dan
menyokong dari belakang. Mereka membiarkan Annua memainkan peranannya.
Surat Annuar Musa keluar
menyusuli kenyataan Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim yang
memberi kata (altimatium) dua kepada Umno khasnya Zahid yang enggan bekerjasama
dengan PPBM. Kata Shahihdan beliau akan membawa Umno meninggalkan arahan parti
dan akan bersama PPBM. Kata-kata Shahidan itu biadab yang tidak sepatutnya
dikeluarkan oleh seorang ketua bahagian kepada presiden.
Persoalanya kini apakah
rancangan hendak menyingkirkan Zahid atas nama nak perkasakan Umno berjaya? Ia
akan terjawab dalam masa terdekat ini. Sekiranya surat Annuar dan kenyataan
Shahidan itu mendapat respon bermakna usaha itu aktif. Sebaliknya kalau ia mati
dan berlalu begitu sahaja, bermakna PAU ini akan memuktamadkan akan memutuskan
kerjasama dengan PBBM dalam kerajaan PN. Apapaun PAU itu nanti dijangka hangat
kalau pun tidak berlaku sesuatu di luar dugaan.
Sebaliknya kalau PAU itu
sukses dan lancar tanpa apa-apa kejutan, ia memberi natijah potensi untuk Umno
akan bekerjasama dengan Keadilan (PH) dalam Piraum nanti sangat besar. [wm.kl.12:01
pm 21/03/2021]