*TERKINI* Senarai MP dan bukti serta SD dari PH kini telah dibawa ke istana. Jumlah kita mencukupi walaupun tanpa GPS. Doakan Agong terbuka hati
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan media hari ini berkata, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang baru.
Dengan sekadar kenyataan media itu, Muhyiddin Yassin belum sah menjadi Perdana Menteri sehinggalah beliau mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan:
“Sebelum seseorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah taat setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam jadual Keenam.”
Perlantikan Muhyiddin Yassin belum sempurna selagi belum mengangkat sumpah jawatan dan sumpah taat setia dan juga sumpah simpan rahsia depan Agong.
Perkembangan politik terkini sehingga malam ini menunjukkan bahawa Dr Mahathir Mohamad yang disokong Pakatan Harapan kini memdapat sokongan lebih daripada 112 ahli-ahli Dewan Rakyat.
Aku berpendapat, Pakatan Harapan boleh segera mohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklum dan mengemukakan senarai nama dan bilangan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempersetujui Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Ini perlu dilakukan sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah.
Dengan demikian, pengumuman Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara mengenai perlantikan Muhyiddin Yassin akan menjadi tidak berkuatkuasa kerana belum mengangkat sumpah.
Justeru dengan itu, aku berpendapat bahawa Dr Mahathir Mohamad boleh dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dan mengangkat sumpah depan Yang di-Pertuan Agong selaras mengikut Jadual Keenam Perlembagaan.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2536311413249025&id=100006105734896