UMno HANYA AKAN JADI PARTI PENUMPANG

 

Aku nak ingatkan UMNO je. Kalau UMNO ikut bersama dengan PN, maka inilah yang terjadi. Badan saja UMNO tapi kepala PPBM akan ambil alih.

PPBM tak punya jentera. Mereka pasti dan pasti akan kalah teruk dalam PRU datang. Kalau UMNO sanggup bekerjasama dgn PN bermakna UMNO akan rela jadi machai.
PPBM pasti akan tunggang jentera UMNO dan lepas menang, tak mustahil mereka akan khianat. Itulah yang mereka lakukan terhadap PH. Sanggup UMNO jadi mangsa?
Aku masih tak suka UMNO. Tapi para pengkhianat ini mesti dihapuskan once and for all. Tapi kalau UMNO dah bersedia nak jadi khadam PPBM dan kemudian dikhianati, silakanlah.
Di sebelah PH pun sama. Pejuang tak mungkin menang lebih daripada dua kerusi. Sebab itu mereka acah kuat sebab nak PH pandang mereka. Padahal mereka hanya mahu pergunakan PH.
Parti yang diterajui oleh orang gang mungkir janji, yang kata manifesto bukan kitab suci, yang setuju untuk khianati PH, aku harap Majlis Presiden PH jangan sesaat pun percaya mereka.