Dok pumpang pumpang kata ke DAP. Ingatkan nak lawan DAP, sekali lawan Amanah.
Oi lebai. Gi la lawan DAP. Boleh gak tambah jumlah kerusi Melayu Islam. Lawan Amanah buat apa? Kalau menang pun, tak bertambah kerusi Melayu Islam. Sama je jumlahnya.
Nampak sangat PAS cuma pandai cakap je. Bukan nak lawan sangat DAP pun. Cuma nak menang PRU je. Dia tak berani pun nak bersemuka dengan DAP.
Kutuk DAP cuma untuk cipta persepsi Amanah bersalah sebab Amanah kawan dengan DAP. Biar yang bodoh benci Amanah. Lepas tu dia lawan Amanah. DAP dia tak sentuh pun.
Punya haprak la lebai ni. Membohong depan-depan je. Tapi tu pun ada jugak yang sokong. Buta mata hati agaknya.
Lagi satu, susah sangat nak guna nama Amanah. Alasan kata singkatan Amanah tu PAN tak boleh pakai. Dalam daftar ROS, singkatan Parti Amanah adalah Amanah.
Tak reti nak hormat orang. Islam ke macam tu? Ajaran Nabi saw ke macam tu? Nampak sangat PAS tak amal ajaran Nabi saw. Kalau nak ikut sangat ejaan, orang panggil PIS jangan marah pulak nanti.
Otak mana otak?
PEMUDA PAS PERAK BERSEDIA TANDING LAPAN KERUSI PAN!
1 Oktober 2021 | 24 Safar 1443H
Pemuda PAS Perak menyatakan kesediaan dan komitmen jentera pilihanraya peringkat Pemuda PAS untuk mengambil semula dan menawan enam kerusi Dewan Undangan Negeri dan 2 kerusi Parlimen yang dimenangi PAN pada PRU ke-14.
Demokrasi adalah lapangan persaingan sihat antara parti. Kami Pemuda PAS Perak dengan serius dan penuh komitmen mendesak PAS Perak untuk tidak berkompromi pada lapan kerusi ini. Jangan ada negosiasi yang merugikan pada lapan kerusi ini.
Setiap bulan tanpa gagal, Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak membentangkan kepada kami prestasi dan perkembangan semasa gerak kerja pilihanraya peringkat Pemuda DUN dan Parlimen khususnya yang dimenangi oleh PAN. Persediaan semakin rapi, data cula menunjukkan kecenderungan yang kuat kepada koalisi Melayu-Islam dan keterbukaan pengundi atas pagar yang sudah menyatakan sokongan kepada PAS.
Tambahan pula, kerusi yang diduduki wakil rakyat dari PAN itu merupakan seteru sihat PAS di lapangan demokrasi. Kami Pemuda PAS Perak mengenali PAN lebih dari parti lain. Betapa mereka ishtihar mereka punya strategi ampuh, hakikatnya tidak lari dari kaedah asal. Mereka sekadar duplikasi dari cara kami.
Dari segi calon pula, terpulang kepada pihak Pusat dan Negeri, namun sebagai anak muda, kami telah mempersiapkan Unit Generasi Millenia (18-40 tahun), kami bersedia dengan Ulama' Muda, Muslimat Muda dan Pemuda itu sendiri. Kita tidak pernah ketandusan pelapis pimpinan masa depan negeri dan negara.
Atas asas-asas begini, Pemuda PAS Perak menyakini kaedah
terbaik
untuk memastikan lapan kerusi DUN dan Parlimen dimenangi PAN itu beralih kepada koalisi penyatuan ummah yang sentiasa diusahakan oleh PAS di peringkat Pusat, Negeri, Parlimen dan Dun itu sendiri.Ahmad Faisal Bin Mohd Puait
Ketua,
Dewan Pemuda Pas Perak