BERAPA BUAH TOWER UNTUK INTERNET BOLEH DIBINA DENGAN DUIT MUSA AMAN?


Rizal Pandak





Saudari Veveonah Masibin, nama seorang gadis yang layak menjadi ikon pelajar pedalaman Sabah. Dalam keadaan serba serbi kekurangan di pedalaman Pitas, Sabah, semangatnya tidak pernah patah dalam mencari ilmu. Menduduki peperiksaan online selaku pelajar Universiti Malaysia Sabah, Saudari Veveonah sanggup memanjat pokok untuk dapatkan liputan rangkaian internet.

Seharusnya membuka mata kita, betapa selama lebih 50tahun kita bersama membentuk sebuah Persekutuan dinamakan Malaysia, Sabah begitu terkebelakang dari segi kemajuan yg telah lama dirasai oleh rakan-rakan di Semenanjung Malaysia. 

Sebelum kita menuding jari ke seberang sana, baik juga kita refleksi dari situasi semasa Sabah. Bagaimana sejak berpuluh tahun yang lepas kita katakan bahawa hanya dengan tunduk kepada Putrajaya melalui Parti Politik Malaya baru kita dapat membela nasib rakyat Sabah. Tapi selama itu pedalaman Sabah masih tiada air, tiada elektrik, tiada jalanraya yg baik, apa lagi dengan internet 4G.

Pada masa ini dengan kerancakan mantan penyokong BN mempromosikan Bersatu Dan PN di Sabah. Apakah kita masih pertahankan ideologi tersebut, dengan teruskan tradisi membenarkan hasil Sabah disedut ke Putrajaya kemudian mengemis ehsan agar rakyat Sabah terpelihara kebajikannya??

Contoh paling mudah, berapa tower internet boleh dibuat dengan RM 824, 000,000.00 yang sedang dituntut oleh Yayasan Sabah daripada Musa Aman mantan Ketua Menteri Sabah.???



No comments: