Kerajaan belum tentu dapat, PH sudah berperang?
Syam Ghaz
Hari ini sempat luangkan masa mendengar ucapan YB Antony Loke (Dap), YB Khalid Samad (Amanah) dan tulisan Yb Dato Saifuddin (Pkr), sudah jelas bahawa;
1. PH sudah punyai keputusan, iaitu mencalonkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Sebulat suara.
2. Pakatan Harapan (PH) ini siapa? = DAP + PKR + AMANAH
3. Sekarang rundingan PH dgn group ke 2 iaitu [Tun M, Warisan dan Tambahan].
Gabungan ini dikenali juga sebagai PH+, keputusan PH+ sahaja yang masih tertunda.
DSAI sudah jelaskan sebabnya tunda, kita terima dulu dan sabar keputusan mesyuarat seterusnya.
4. Pengikut parti PH+ janganlah termakan hasutan dan jarum musuh untuk melaga-lagakan PKR dgn DAP, AMANAH, WARISAN & Group Tun M.
Jika PH pecah, merekalah yang paling untung kerana akan terus kekal berkuasa walaupun situasi sekarang nyawa di hujung tanduk. Kleptokrat akan dilepaskan. Ini yang PH+ kena hati-hati.
5. Tak perlulah sampai istihar ‘perang dingin’ sesama pimpinan dan pengikut, buat kenyataan terbuka di media dan ugut mengugut untuk keluar PH serta menyindir sesama sendiri dengan pelbagai sindiran.
6. Sudah 20+ tahun kita bersama dalam gabungan pembangkang, untuk tumbangkan Regim BN yang memerintah lebih 61 tahun.
Takkan lah sedikit ujian ini telah menyebabkan kita bersangka tidak baik sesama rakan seperjuangan.
7. Tuhan sedang menguji kita, syaitan pula tidak putus-putus kerjanya memecah belahkan kaum Adam hingga Kiamat.
Cuba kita semua sama-sama bersabar dan berdoa pada Allah Swt, jika Qada’ & Qadar sudah tertulis di Luh Mahfuz
”Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.” Surah AlHajj. Ayat 070.
8. Andaikata Allah SWT izinkan PH+ memerintah Kerajaan Malaysia kembali, selepas segala usaha dilakukan InsyaAllah kita akan tetap kembali sebagai sebuah Kerajaan Malaysia, walaupun pelabagai usaha pihak lawan mahu mengagalkan. Kita tawakal, berusaha dan berdoalah.
9. Tapi andaikata kita tidak berjaya lagi ambil alih semula Kerajaan Malaysia, kita janganlah sedih, jadikan ia iktibar untuk kita semua pakat baiki, untuk muhasabah dan menjadi lebih baik pada masa depan untuk berhadapan PRU15, PRU16 dan akan datang.
10. Rakyat dan pengundi memerhatikan kita, 2 tahun kita bermain tajuk sama; “Siapa nak jadi PM?”
Sedangkan rakyat dibawah ramai terjejas akibat krisis ekonomi pasca COVID 19, ada dibuang kerja, tak mampu bayar bil elektrik, perniagaan kecil gulung tikar, harga komoditi jatuh merundum, peluang perniagaan makin mengecil, harga barang naik melambung, inflasi, pengangguran meningkat dll.
Mereka undi PH dulu untuk kita bantu selesaikan masalah mereka. Mandat mereka sudah berikan.
11. Moga Allah SWT berikan lapangkan dada dan fikiran Tun Dr Mahathir, Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamad Sabu, YB Lim Guan Eng, YB DS Shafeei Afdal dan pimpinan PH+ serta pengikut-pengikutnya serta berikan kemenangan kepada kita semua. AMEN
Terima kasih kerana sudi membaca. Jika ia satu pesanan baik dari insan kerdil ini yang sayangkan Pakatan Harapan, maka sebar luaskan masej pendamaian ini.