UMNO DAN ANGAN ANGAN BESARNYA


HAMDAN TAHA

Asalamualaikum....
Sekadar tukar tukar pandangan dalam tulisan kita,jika tulisan saya boleh di terima dan manasabah boleh ambil kira pandangan ini. Jika salah dan tak cukup fakta dan hujah yang dangkal maka jangan di ambil kira lah pandangan saya ini. Lagi pun kita menulis sekadar kesukaan sahaja....
BN terutama Dato seri Najib tun razak ketika beliau jadi perdana menteri dan pengerusi BN berdepan dengan dua pru. Kali pertama pada tahun 2013. Sudah tentu pru ke 13 amat lah penting buat Najib kerana hujah meminta Pak Lah berundur sebagai PM adalah memberi ruang kepada Najib mengukuhkan Umno dan Bn,setelah tewas di 5 negeri...
Semasa menghadapi pru ke 13 buat pertama kalinya saya kira duit pilihanraya betul betul merimpah ruah. Selepas pru baru kita di kejutkan dengan duit derma sebanyak 2.6 bilion dari Arab yang masuk ke dalam akaun peribadi Dato Najib. Duit ini di guna sepenuhnya untuk PRU tapi tak habis kerana duit kutipan umno pun cukup banyak....
Najib serius pada pru 13 dengan di bantu TSMY nampak team ini kuat dan boleh di percayai tampa kehadiran Pak lah lagi. Muhyiddin mendesak Pak Lah berhenti kononnya jika masih Pak Lah jadi pm umno akan merosot sokongan rakyak....maknanya pru 13 team najib pun bagus...persepsi di buat pun bagus dengan membayar puluhan juta kepada penasihat yang di kaitkan dengan macam macam yang pasti penasihat luar negara....poster dan bendera dan kempen i love pm sahaja memakan belanja ratusan juta....( berdasarkan cerita bendahari umno ketika itu)
Persiapan mantap....tambahan pula keputusan prk hulu selangor masa itu berpihak lepada BN kerana dapat mengalahkan PKR yang sebelum itu menang di kerusi itu....mic mewakili BN menang dengan mejoriti agak baik. Keyakinan najib dan bn sangat baik....di perak pula kerajaan BN berkuasa semula selepas tiga Adun hilang sokongan terhadap PR....jentera umno dan BN sangat bersemangat dan yakin menang besar terutama selangor....
Tetapi apabila keputusan PRU di umumkan BN tidak juga bangkit seperti yang di canangkan. Selangor bukan lagi bagus tetapi lebih teruk keputusannya. Perak sahaja memberikan muka pada najib...begitu juga kedah kerana sentuhan dr mahahir dan nama mukriz di umum untuk menjadi Mb kedah...Pas kalah di kedah...
Tetapi rakyat melalui undi popular PR mengatasi BN satu tamparan buat Najib ketika itu. Walaupun persiapan cukup kuat dan lengkap dengan kewangan yang begitu banyak bagi saya BN di bawah najib ketika itu dapat keputusan yang tidak setimpal dengan gerak kerja....dan wang ringgit....BN menang tetapi di malukan dengan undi porpular....maknanya kenyataan Muhyuddin dan ramai lagi terhadap Pak lah SALAH....kerana tampa pak lah pun BN hilang undi popular....
Pru ke 14 kali ni najib ambil masa yang cukup lama untuk bersiap sedia berdepan dengan PH...pru di adakan sehingga habis tarikh yang di benarkan oleh spr. Kerja dato najib mengujudkan tiga penjuru cukup berjaya. Pas di bantu bersungguh sungguh supaya mereka turut bertanding di semua kerusi. Haji Hadi sakit di turky Najib arahkan di berikan bantuan serta merta setaraf MENTERI sutpol beliau hartar ke turky....semua itu untuk memastikan Pas bersedia bertanding tiga penjuru...nasarudin isa di guna pakai....MKT umno dari pahang di arah untuk menjaga Pas dengan sebaiknya....hubungan setpol najib dan setpol Haji Hadi sangat akrab....sekarang telah jadi mb terengganu...
Semua pakar nasihat telah memberitahu Najib jika ujud tiga penjuru BN akan dapat kemenangan besar sehingga dapat semula 2/3 kerusi di parlimen. Najib sangat yakin dan percaya dengan hujah hujar war room cari makan mereka. Termasuk juga war room perak...mereka beri gambaran syurga kepada pimpinan.....kerana ada pertandingan tiga penjuru...mana mungkin BN kalah....prk kuala kangsar dan sungar besar sebagai bukti dan asas bahawa tiga penjuru BN untung....
Akhirnya BN tumbang....pas untung dapat dua negeri...umno dan BN tumbang rebah ke bumi...najib hilang jawatan PM....
Berdasarkan dua pru itu dengan segala strateji.dan kekuatan pun kalah lagi. Apa jaminan jika PRU dalam masa terdekat ini Umno akan menang besar...Tajuddin Rahman kata UMNO yakin menang besar walaupun pru di adakan sekarang atau habis penggal UMNO akan menang besar.....Tetapi apa jaminan....tambahan pula pendekatan dua presiden umno yang ada berbeza....zahid bagi saya untuk mengetuai PRU nama belum cukup harummmm....persiapan di bawah pun masih tak ada....dan betul le rakyat bersama BN atau MN....sedangkan pembahagian kerusi pun belum boleh selesai......
Apa jaminan umno dan pas juga bersatu boleh bersama sampai pRu....apa jaminan rakyat biasa akan sokong. Sedangkan ada semuanya pun...bagi brim dan macam macam pun kalah juga....kerana keyakinan rakyat hari ini sukar untuk kita fahami....
Jadi jika umno cakap besar...bahawa jika PRU sekarang kami akan menang besar...itu hanya cerita semanggat sahaja...realitynya kita tak tahu sebenarnya kemana kecenserungan rakyat malaysia...apakah MN atau pH......hanya Allah yang maha tahu...