TUN HARUS SEDAR DIRI. KISAH MELUAT PADA TUN 1998 KINI KEMBALI LAGI


Mahathir PM-9? - Cabaran Rakyat dan Muhyiddin






Anti kepada Tun kini merentasi fahaman politik. Umno tentunya lama dah benci Tun. Ramai penyokong Keadilan mula meluat dengan Tun. Penyokong Amanah pun ramai yang telah mula bersuara. Di dalam FB dan page pimpinan Dap, penuh dengan maki hamun kepada orang tua tu.

Bahkan, di kalangan penyokong Bersatu sendiri pun pelik dengan perangai Tun yang tidak pernah puas untuk menjadi PM.
Mengapa kebencian kepada Tun kali ini begitu ketara bahkan lebih membara berbanding mula-mula dulu sebelum kita terima beliau menyerta PH dan dicadangkan untuk menjadi PM? Tun kena fikirkan sendiri apa salah dan silapnya.

..Pada PRU14 yg lalu, semua parti asal di dalam PH telah berkorban. Kita kena akui.
Amanah banyak berkorban Kerusi.
Dap juga turut berkorban Kerusi.
Keadilan sanggup korbankan jawatan tertinggi iaitu PM dan juga Kerusi yang diserahkan kpd Bersatu.

Bersatu korban apa? Bersatu dapat Kerusi paling banyak. Bersatu dapat jadi PM, sekali di era Tun secara halal. Sekali di era Muhyidin secara tebuk atap.

Tiba-tiba kali ini, baru mahu letak calon PM ke 9, masih nak jugak?
Kalau tak tamak, kita nak sebut apa lagi?



W.FAUDZIN