SOSIAL : KOMA AKIBAT SALAH ORANG NAK SAMUN



Silap cubaan samun & rogol, dua individu PTI koma setelah lehernya patah diserang mangsa bekas karate Sabah.

Kota Kinabalu: kejadian yang berlaku jam 11.40pm pada malam 4 march 2017 semalam, seorang mangsa yang di kenali sebagai Alice Lien Hua(20) tekad berani mati menyerang dua(lelaki) individu yang bersenjatakan pisau dipercayai hendak meragut & merogolnya.

Selepas kejadian itu berlaku, mangsa terus menghubungi seorang rakannya yang bertugas sebagai Criminal Investigation Department (CID)di kawasan Inanam kemudian menceritakan pada kami.

Sebelum kejadian itu mangsa mengatakan yang dia hendak pulang ke rumahnya, memandu seorang diri dari rumah saudaranya di Penampang, setiba sampai dijalan Putatan berdekatan dengan sungai Petagas mangsa (Alice) memberhentikan keretanya ditepi jalan kerana merasakan dia diekori 2 individu yg menunggang sebuah motor dari Pekan Putatan.

Setelah dia berhenti sebentar (ditempat kejadian) untuk bertujuan memberi laluan kepada 2 individu seolah olah mengekorinya dari belakang sebelum meneruskan perjalanan, namun ternyata 2 individu itu turut berhenti dihadapan kenderaannya dan terus menyuruh membuka cermin keretanya.

Semasa mangsa (Alice) menceritakan pada kami pada masa itu, dia langsung tidak merasa takut bila 2 orang memaksa saya membuka cermin kereta, malahan dia terus keluar dari kenderaannya untuk bertanya apa mereka mahu, lalu seorang individu yg mempunyai pisau disebelah tangannya meminta duit  namun alice berkata 'tiada' dan lelaki itu terus menarik tangan alice seolah olah dia di bawa kearah semak gelap, lalu seorang individu lagi terus meluru masuk kedalam kenderaan alice untuk mengambil begnya.

Dari itu terjadinya pergelutan sehingga 2 individu itu koma ditempat kejadian, sejurus selepas kejadian ada beberapa orang awan dan kenderaan berhenti, mangsa mengatakan tiada mengalami apa apa kecederaan cuma terkena satu tumbukan yang tidak berapa kuat di atas keningnya.

Ada seorang mengatakan 2 individu adalah penagih dadah di kawasan Petagas.

Setelah tiga anggota CID sampai ketempat kejadian, mereka mengesahkan identiti suspek itu adalah pendatang asing dan tidak mempunyai identiti yang sah.

Dua suspek yang masih dalam keadaan koma ketika itu dibawa ke KPJ Luyang dalam tahanan untuk siasatan manakala mangsa (Alice) dibawa ke IPK Kota Kinabalu bagi membuat laporan penuh.

 #puterakarya


No comments: