MASAALAH MELAYU DENGAN TONGKAT ISTIMEWA BANGSA MELAYU...

Azhar Ahmad.

APA MASALAH MELAYU:Hadamkan...👇
Masalah melayu ialah tak sedar diri dan suka hasad dengki..

Melayu mula lah diskriminasi dgn hak keistimewaan melayu yang diperluaskan tanpa batas.. Ini ternyata diskriminasi tapi banyak dalil digunakan menghalalkan diskriminasi ni..contoh: bangsa lain masih boleh kaya itu bukan lah kayu pengukur samada diskriminasi wujud ke tidak. 

Kaya tak diorg tu bergantung kepada kemampuan dan keupayaan berniaga.. Attitude dan mentaliti berniaga juga penting.. Kalau seseorang tu asyik diberi keutamaan berdasarkan warna kulit atau kepercayaan, itu Diskriminasi. Baca betul-betul apa maksud diskriminasi sebelum turun membahas....

Yang sedihnya masih ramai melayu bangga dengan tongkat yang diberi. Tongkat ni hanya melalaikan kita sahaja.. Ia bagaikan taboo yang mengatakan kita spesis yang lemah yang tak mampu berdikari.. Kita perlukan tongkat baru kita boleh berdiri, berjalan dan berlari. .Tanpa tongkat kita mcm langsung tak boleh berdiri, berjalan dan berlari.. 

Inilah masalah besar yang menyebabkan kita tiada daya saing dengan bangsa lain dan tidak konfiden..Kita langsung tak berikhtiar untuk  berjaya tanpa sokongan krjaan..Kita tak pikir kenapa bangsa lain boleh kita tak boleh? Yg menyedihkan lagi ialah apabila ada lebai yang bagai memberikan dalil bangsa lain kaya sebab mrk buat perniagaan tak kira halal haram. Ini telah meracuni bangsa kita sehinggakan mentaliti kita lumpuh. 

Tongkat ni bagaikan ganja, ia boleh digunakan sebagai  ubat jika digunakan dengan kuantiti terkawal, kaluz berleluasa ia melalaikan dan menagihkan, bila tertagih kita akan bagi alasan tanpa ganja kita tak boleh bersemangat untuk kerja. Padahal org lain tanpa ganja boleh kerja rajin dan bersemangat.
Renungilah wahai Melayu ku.....


No comments: